Ujian Penilaian Tahap Pencapaian Peserta Kelas Fardhu Ain Saudara Kita 2011



Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan ujian lisan penilian tahap pencapaian peserta Kelas Fardhu Ain Saudara Kita pada 21 Januari 2011 bersamaan 16 Safar 1432 H bertempat di Dewan Makan, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan. Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 150 orang peserta di kalangan Saudara Kita yang tinggal di sekitar Daerah Kota Bharu , Tumpat, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang telah menyertai kursus tersebut.

Seramai 10 orang pegawai ditugaskan sebagai pegawai penilai untuk mengukur tahap pencapaian dan penerimaan para peserta sepanjang mereka menjalani kursus tersebut. Ujian tersebut dijalankan secara lisan melalui format pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia Bahagian Dakwah. Modul yang digunakan untuk ujian tersebut adalah meliputi buku Panduan Solat yang juga digunakan untuk program Membina Generasi Solat (MGS) yang dikeluarkan oleh JAHEAIK. Berdasarkan kepada keputusan markah penilaian tersebut prestasi para peserta amat membanggakan.

Semasa temuramah antara editor Bahagian Dakwah bersama Puan Maziah Tan Bte Abdullah, peserta Kelas Fardhu Ain (Tahap Tiga), beliau berharap supaya ujian seumpama ini wajar diadakan lebih kerap kerana rata-rata peserta kursus menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh mentelaah pelajaran dan menghafaz bagi memperolehi markah tertinggi. Sekalung penghargaan kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan kerana telah menyumbangkan bayaran elaun perjalanan peserta mengikut jarak perjalanan dari tempat kediaman mereka.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Dakwah JAHEAIK mengalu-alukan kepada saudara kita yang belum mengikuti kelas tersebut bolehlah membuat pendaftran di Bahagian Dakwah, JAHEAIK pada waktu pejabat atau di Balai Islam pada hari Jumaat jam 8.30 pagi semasa kelas fardhu berlangsung atau boleh menghubungi Ustaz Mohd Taufek Tee Bin Abdullah (Penolong Pegawai Dakwah) JAHEAIK di talian 013-9223032 untuk sebarang pertanyaan. Semoga usaha murni ini dapat mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap agama islam.

 

FOTO SEMASA UJIAN PENILAIAN TAHAP PENCAPAIAN PESERTA KELAS FARDHU AIN SAUDARA KITA 2011

Pelajar sedang membaca ayat suci Al-Quran di hadapan Guru

Sikap bantu membantu dikalangan pelajar wajar di contohi.

Ustaz Hasbullah di Jabatan Mufti Negeri Kelantan sedang menyampaikan kuliah

Anak tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk mendalami ilmu agama, tetapi kesungguhan dan kecekalan adalah mutiara kejayaan.



Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:20

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3416
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19579
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140117
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416776

Kami ada 69 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000012 saat **