PROGRAM TAZKIRAH BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KELANTAN



Isnin- 26 Julai 2010, Bahagian Dakwah (JAHEAIK) sedang menjalankan program tazkirah bersama JAHEAIK . Program ini merupakan program berkala yang menjadi kesinambungan bagi program sebelumnya. Pada tahun ini permintaan dari pelbagai agensi amat memuaskan kerana sebanyak 56 jabatan atau agensi terlibat secara langsung dalam program tazkirah tersebut. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan melaksanakannya menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Pendaulatan Islam tidak akan berlaku melainkan dengan terlaksananya amar makruf nahi munkar di kalangan manusia. Firman Allah SWT. di dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 ; "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".

Program tazkirah ini menggunapakai dua sistem pengajian, pertama sistem pembelajaran menggunakan kitab seperti kitab bidayatul hidayah wal nihayah, kitab nasihat agama dan wasiat iman dan kitab mustika hadith dan lain-lain. Manakala yang kedua adalah modul tazkirah bertajuk yang ditentukan oleh pihak penganjur. Di antara objektif program seumpama ini dianjurkan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan keagamaan serta pendedahan tentang konsep kehidupan bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Ini berpandukan moto bahagian dakwah (JAHEAIK) iaitu “ Itqan Membasmi Kejahilan “. Seramai 13 orang pegawai di Bahagian Dakwah (JAHEAIK) ditugaskan sebagai pentazkirah.

Sistem jadual tazkirah adalah secara bergilir-gilir dan masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Sehingga hari ini, alhamdulillah sambutan amat mengalakkan daripada jabatan yang terlibat. Kami bagi pihak JAHEAIK mengalu-alukan lain-lain jabatan yang berminat untuk mengadakan tazkirah, bagi yang berminat bolehlah membuat permohonan terus kepada YABhg. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Di antara jabatan dan agensi yang terlibat adalah seperti berikut :-

BIL AGENSI

  1. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin.
  4. Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.
  5. Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  6. Jabatan Bomba & Penyelamat, Kota Bharu.
  7. Jabatan Audit Negara.
  8. Jabatan Kastam Negeri Kelantan.
  9. Jabatan Pengangkutan Jalan.
  10. Jabatan Pendaftaran & Pertubuhan Negeri Kelantan.
  11. Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Negeri.
  12. Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan.
  13. Pejabat Tanah & Jajahan Kota Bharu.
  14. Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang
  15. Pejabat Tanah & jajahan Kuala Krai
  16. Pejabat Tanah & Jajahan Jeli
  17. Majlis Daerah Tumpat.
  18. Majlis Daerah Kuala Krai
  19. Pusat pemulihan Akhlak Machang
  20. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  21. PUSPEN (L) Jeli
  22. PUSPEN (P) Bachok
  23. JKR Kota Bharu
  24. JKR Mekanikal, Pengkalan Chepa
  25. JKR Kuari, Bukit Buloh, Pulai Chondong, Machang
  26. JKR Tanah Merah
  27. JKR Pasir Mas
  28. JKR Pasir Puteh
  29. RISDA Negeri, Kota Bharu
  30. RISDA Tanah Merah
  31. RISDA Pasir Mas
  32. JPS Mekanikal, Pengkalan Chepa
  33. JPS Pasir Puteh
  34. Jabatan Penjara Pengkalan Chepa
  35. Jabatan Akauntan Negara
  36. Jabatan Audit Negara
  37. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  38. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  39. Stesen Mardi Kubang Keranji, Pasir Tumbuh
  40. Ibu Pejabat Polis Kontijen Kota Bharu
  41. Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu
  42. Balai Polis Tumpat
  43. Kolej Jururawat Kubang Krian
  44. Kolej Jururawat Pasir Mas
  45. Jabatan Psikiatri, Kota Bharu
  46. Klinik Kesihatan Kok Lanas
  47. Pejabat Kesihatan Pasir Puteh
  48. Klinik Kesihatan Perol, Kota Bharu
  49. Klinik Kesihatan Kubang Kerian
  50. Klinik Kesihatan Balai, Kota Bharu
  51. PUSPAKOM
  52. Giat Mara Tanah Merah
  53. Masjid Felda Ciku Tujuh, Gua Musang
  54. Suruhan Jaya Syarikat Malaysia
  55. Persatuan Orang Pekak (Kelantan)
  56. Persatuan Pengasih Malaysia

Koleksi Gambar Tazkirah Bersama JAHEAIK Di JKR Pasir Mas




Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:23

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3455
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19618
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140156
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416815

Kami ada 86 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000011 saat **