|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
Khamis - 13 Januari 2011 : Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengadakan Majlis Pengurnian Bantuan Persekolahan Pelajar Miskin Program Membina Generasi Solat (MGS). Majlis penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam DarulNaim, Lundang Kota Bharu Kelantan.

Di antara Objektif majlis tersebut diadakan adalah :-
Penerima dipilih dikalangan pelajar miskin kelas MGS di seluruh Negeri Kelantan iaitu sebanyak 307 kelas yang terlibat dan dicadangkan setiap kelas seorang pelajar yang akan terpilih dan bakinya seramai 93 orang lagi akan ditentukan oleh urusetia penganjur berdasarkan kreteria tertentu dan jumlah keseluruhannya ialah seramai 419 orang penerima.
Program Membina Generasi Solat (MGS) adalah satu program yang dicetuskan pada tahun 2007 sebagai permulaan setelah melihat ketidakcanaan masyarakat kepada masjid dan tidak mengimarahkannya. Projek pemandu program ini dijalankan di 10 buah masjid di dalam jajahan Kota Bharu dengan peruntukkan sebanyak RM300.00 setiap masjid. Pada tahun 2008 program ini dikembangkan kepada 21 buah masjid dalam jajahan Kota Bharu dengan disertai oleh tidak melebihi 40 orang setiap masjid.
Tahun 2009 telah mencatat sejarah baru dalam program ini apabila Bahagian Dakwah mendapat kerjasama dari Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan dengan diberikan peruntukkan kerjasama sebanyak RM 283,600.00 untuk program ini dan hal-hal berkaitan seperti kursus Mudarris dan lain-lain.Dengan bekalan peruntukkan itu , sebanyak 117 kelas untuk kanak-kanak berusia antara 7-8 tahun diadakan dan mendapat penyertaan seramai 5627 orang, 97 kelas untuk remaja berusia antara 13-16 tahun dengan penyertaan seram Tidak ketinggalan juga DESA TAQWA turut diwajibkan menyertai program ini dan Alhamdulillah sebanyak 93 dari 101 Desa Taqwa diadakan program ini dengan disertai seramai 5,365 orang pelajar.
Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak RM 408,587.50 dengan jumlah kelas 307. Program ini berlangsung selama tiga bulan pada setiap hari jumaat dan sabtu dari jam 02.30 petang sehingga solat asar. Para MUdarris (guru) terdiri dari pelbagai lapisan umur dari guru sekolah hinggalah kepada mereka yang telah bersara dan diberikan saguhati sebanyak RM800.00 setiap orang.
Program ini sebahagiannya berpusat dimasjid-masjid mukim dan madrasah-madrasah yang menjadi tumpuan masyarakat. Sukatan pelajaran telah digubal oleh Panel Penggubal JAHEAIK khusus untuk program MGS. Sambutan dari masyarakat amat menggalakkan dengan sumbangan tenaga dan wang ringgit seperti jamuan untuk para peserta. Kesan ketara yang dapat dilihat ialah peningkatan kehadiran jamaah masjid dan didoakan semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada kekuatan ummah yang hati mereka bergantung dengan masji.
Koleksi Bergambar
Majlis Perasmian Penutup Bulan Solat, Ihtifal Membina Generasi Solat (MGS) 1431H/2010M
Pada 06 Syawal 1431H Bersamaan 15 September 2010M

Foto 1 : Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri

Foto 2 : YAB Tuan Guru Dato’ Bentara setia, Menteri Besar Kelantan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Foto 3 : Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan sedang bertitah Sempena Majlis Penutup Bulan Sembahyang, Ihtifal Membina Generasi Solat (MGS) Dan Sambutan Hari Raya JAHEAIK

Foto 4 : Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan sedang menyampaikan cenderamata kepada Mudaris yang terlibat bagi menjayakan program Membina Generasi Solat (MGS)

Foto 5 : Hadirin yang hadir pada majlis penutup tersebut
KOLEKSI FOTO SEMASA PROGRAM MEMBINA GENERASI SOLAT BERLANGSUNG TAHUN 2010
Latihan berkumpulan diketuai oleh pelajar yang berkebolehan sekaligus dapat mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar yang lemah


| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:22
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my