Majlis Sambutan Hari HUDUDULLAH Peringkat Negeri Kelantan 1429H/2008M



Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 1429H/2008M akan diadakan pada 13 Ogos 2008 (Rabu) bersamaan 11 Syaaban 1429H bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 8.30 pagi.

Insya Allah, ucaptama dan perasmian disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan. Manakala Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Dr. Badrul Amin Bahron (bekas pensyarah UIA) yang akan menghuraikan tema sambutan kali ini, iaitu Hududullah Pemangkin Kemakmuran Negara.

Pada masa yang sama, Pameran Undang-Undang Jenayah Syariah juga akan berlangsung di foyer Dewan Besar Balai Islam Lundang. Pameran yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai Undang-Undang Jenayah Islam dijangka akan turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan dan JAHEAIK sendiri.

Majlis ini dijangka berakhir jam 1.00 petang dengan jamuan makan tengahari untuk semua tetamu jemputan dan orang awam.

Pada sebelah malam pula, bermula 9.00 mlm, akan diadakan Forum Perdana Hududullah bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu. Ahli panel forum yang dijangka menghangatkan sesi ini ialah Dato' Md. Salleh Hj. Ahmad (Timb. YDP Persatuan Ulama' Malaysia/Fellow Kanan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIA), saudara Mohamed Hanipa Maidin (peguam/AJK PAS Pusat) dan Dr. Badrul Amin Bahron (bekas pensyarah UIA).

Forum akan dipengerusikan oleh Tn Hj Saibon Ismail daripada JAHEAIK. Forum ini turut akan mengupas tema sambutan program ini, iaitu HUDUDULLAH PEMANGKIN KEMAKMURAN NEGARA.



Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:35

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3508
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19671
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140209
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416868

Kami ada 102 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000030 saat **