|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
09hb. Ramadhan 1431H bersamaan 19hb. Ogos 2010M. (KHAMIS) : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan akan mengadakan SEMINAR HUKUMAN SEBAT SYARIAH sempena program Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 1431H/2010M bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tengahari. Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Program ini merupakan program tahunan yang dirangka untuk menerapkan pendidikan undang-undang kepada masyarakat. Melalui program ini, diharapkan masyarakat mendapat penjelasan yang tepat dan tidak terkeliru dalam memahami sesuatu isu. Fokus tahun ini adalah berkenaan dengan hukuman sebat ke atas pesalah jenayah syariah. Isu ini mula menjadi polemik hangat apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita Islam di atas kesalahan meminum arak. Sejak itu, pelbagai tafsiran telah dilontarkan oleh pelbagai pihak mengenai isu ini.
Seminar ini akan membentangkan 3 kertas kerja dan 1 slot demonstrasi sebagaimana berikut :-
| Kertas Kerja I | : |
Hukuman Sebat Dari Perspektif Islam; |
| Kertas Kerja II |
: |
Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan di Negeri Kelantan |
|
|
||
| Kertas Kerja III |
: |
Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Cabaran dan Penyelesaian |
DEMONSTRASI HUKUMAN SEBAT SIVIL & SYARIAH
Jabatan Penjara Malaysia
Penyertaan seminar terbuka kepada semua orang awam dan tiada sebarang yuran dikenakan.
| Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:25
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my