|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
KOTA BHARU, 29 Jan (Hrkh) – Sebagai usaha memantapkan lagi pengetahuan dalam mengurus rumah tangga, kursus perkahwinan yang diadakan di Kelantan akan lanjutkan hingga sehingga waktu malam. Oleh itu setiap peserta yang menghadiri kursus tersebut perlu bermalam di asrama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheaik) bagi memudahkan mereka mengikuti modul yang diajar.
Peraturan baru yang akan diperkenalkan itu adalah tambahan kursus dua hari yang diadakan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Ustaz Hassan Mahmood berkata, langkah baru tersebut dibuat sebagai usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar perceraian di negeri ini. “Kursus berkenaan akan dilanjutkan sehingga sebelah malam. Sedangkan sebelum ini mereka diwajibkan menghadiri kursus berkenaan pada siang hari sahaja,” ujarnya di sini.
Kajian mendapati modul kursus yang sedia ada tidak memadai bagi membolehkan setiap peserta menghayati konsep hidup berumahtangga. Hassan juga berkata, beberapa perkara dalam modul akan ditambah dan diperbaiki dalam usaha memantapkan lagi aspek kerohanian kepada bakal pengantin.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:26
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my