|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
![]() |
Ahad, 26hb. Ogos 2007M/13hb. Syaaban 1428H : MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN SISTEM e-NIKAH NEGERI KELANTAN Telah Disempurnakan Oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN dan bersiaran pada pukul 11.00 pagi dari Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. |
Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berkenan melancarkan sistem e-Nikah iaitu sistem pengurusan rekod perkahwinan orang Islam secara Elektronik. Sistem e-Nikah adalah merupakan satu usaha untuk memartabatkan pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Kelantan dan seterusnya meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
E-Nikah mengambarkan satu sistem pengurusan perkahwinan orang Islam yang diuruskan secara elektronik. Rekod-rekod pendaftaran perkahwinan yang sebelum ini menggunakan kaedah pemfailan tradisional yang boleh disifatkan sebagai memakan ruang, pembaziran kertas, proses pencarian yang lambat, dan lain-lain kini berubah mengikut perubahan dan perkembangan teknologi semasa. Sistem pengurusan secara secara digital terbukti berkesan dan memudahkan urusan terutamanya berkaitan soal pengredan, penyimpanan dan pencarian maklumat sehinggalah kepada proses operasi pentadbiran.
E-Nikah dibangunkan dengan menggunakan antaramuka web sebagai platform utamanya. Pengguna-pengguna hanya memerlukan sambungan ke internet dan browser sahaja untuk membolehkan mereka menggunakan sistem ini.
E-Nikah terkandung 5 modul yang utama dan 4 modul tambahan. Modul-modul tersebut seperti Modul Pra Perkahwinan, Modul Benar Nikah, Modul Pendaftaran Perkahwinan, modul Pendaftaran Perceraian dan Modul Pendaftaran Rujuk Modul-modul tambahan adalah Modul Pengeluaran Kad Nikah, Modul Carian dan Pengesahan, Modul Statistik dan Modul IKIS (Informasi Keluarga Islam - boleh menyimpan maklumat satu-satu keluarga secara terperinci dan boleh mendapatkan salsilah sesebuah keluarga dengan mudah berdasarkan maklumat berkenaan).
Selain itu, Modul e-MBKPI juga akan dibangunkan sebagai satu alternatif kepada kursus pra-perkahwinan yang diadakan sekarang. Ini penting dalam merangka satu-satu dasar atau aktiviti berdasarkan statistik yang dikeluarkan. Kesemua modul-modul yang dibangunkan adalah mengikut prosedur-prosedur yang diguna pakai berdasarkan enakmen-enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002. Antara kelainan sistem ini adalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi digunapakai khususnya dalam pengeluaran surat kebenaran dan sijil-sijil. Dengan menggunakan kaedah penukaran automatik dan manual (built-in secara dalaman dengan menggunakan aplikasi enjin E-Jawi), ia sedikit sebanyak memudahkan dan mempercepatkan proses key-in data.
Secara keseluruhannya, Penggunaan E-Nikah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dilihat sebagai pembaharuan dan ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan sendiri iaitu untuk melihat jabatan-jabatannya bergerak selari dengan perkembangan arus dunia khususnya dalam penggunaan teknologi terkini. Tutur hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Nik Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, YB Haji Hassan Mahamood dan Setiausaha Kerajaan, YB Dato’ Haji Mohd Aiseri Ilyas .
GALERI GAMBAR SEMASA MAJLIS PERASMIAN

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:32
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my