Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sedang mengadakan beberapa siri promosi Kad Nikah Pintar dengan membuka kaunter promosinya seperti HUSM, Wisma Persekutuan, pasaraya TESCO (19 hingga 21 Jun 2008) dan yang terkini di Tingkat 1 pasaraya KBMALL (26 hingga 28 Jun 2008) bagi memudahkan masyarakat Islam di negeri ini memohon kad metrik tersebut.
Kad Perakuan Nikah Metrik ini boleh di pohon oleh setiap pasangan yang telah bernikah (berdaftar) di Negeri Kelantan sahaja. Dengan memohon Kad Nikah Pintar ini maklumat nikah setiap pasangan adalah terjamin daripada hilang, rosak serta memudahkan semakan/pengesahan status pasangan dengan segera.
Pengenalan Mengenai Sistem E-Nikah.
Jabatan Agama Islam merupakan tempat utama berkumpulnya rekod-rekod perkahwinan masyarakat Islam di setiap negeri. Maklumat tersebut adalah sangat penting khususnya apabila ia berkait dengan bidang kuasa penguatkuasaan, mahkamah, imegrisen dan lain-lain yang memerlukan semakan/pengesahan status pasangan dengan segera.
Rekod-rekod pendaftaran perkahwinan yang sebelum ini menggunakan kaedah pemfailan fizikal, mempunyai beberapa kelemahan seperti ruang yang besar diperlukan, penggunaan kertas yang banyak, carian yang mengambil masa dan pelbagai lagi rungutan dan masalah yang timbul. Tetapi dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa, sistem pengurusan secara digital terbukti berkesan dan memudahkan urusan terutamanya berkaitan soal pengrekodan, penyimpanan dan pencarian maklumat sehinggalah kepada proses operasi pentadbiran.
Aplikasi-aplikasi yang dibangunkan adalah mengikut keperluan yang digunapakai dalam pentadbiran dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing.
Objektif
-Meningkatkan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju'.
-Mengawal kegiatan pemalsuan dokumen nikah dan karenah birokrasi.
-Membina Bank Data kekeluargaan Islam Negeri (BDKIN).
Ciri-Ciri Sistem
Sistem ini menggunakan teknologi aplikasi web (web application). Ia boleh digunakan secara intranet dan internet bergantung kepada jenis rangkaian.
Rekod disimpan secara berpusat. Oleh itu ia boleh dikongsi oleh semua pihak yang mempunyai akses.
Sistem ini menyimpan maklumat peribadi, pasangan, pra perkahwinan, benar nikah, daftar perkahwinan, daftar perceraian, daftar ruju’, maklumat khidmat nasihat dan ahli keluarga.
Sistem ini mempunyai unsur sokongan membuat keputusan (decision support) melalui persembahan statistik secara grafikal. Pada bahagian ini, statistik dipaparkan mengikut jenis modul/aplikasi dan pengguna boleh mendapatkan jenis statistik berdasarkan bangsa, jantina dan lain-lain.
Pengguna juga boleh mencetak surat/sijil mengikut format yang dikehendaki.
Kemudahan pentadbiran atau ubahsuai ke atas sistem juga disediakan. Antaranya ialah pengguna boleh menukar kata nama dan kata laluan serta mengubah konfigurasi sistem. Misalnya pengguna boleh menukar, menambah atau menghapus senarai kod-kod yang digunakan dalam setiap modul/aplikasi.
Aspek keselamatan data juga diambil kira dalam rekabentuk sistem ini. Pengguna disediakan kemudahan untuk menyalin atau membuat fail backup bagi pengkalan data.
Mempunyai penukaran rumi->jawi secara automatik dengan menggunakan teknologi ejawi converter
Mampu mengeluarkan sijil/surat nikah, cerai dan rujuk™ dalam tulisan jawi™
Konsep
Sistem dibangunkan dengan menggunakan aplikasi web (web application) yang berkonsepkan sistem terbuka. Pengguna-pengguna hanya memerlukan sambungan ke internet dan browser untuk membolehkan mereka menggunakan sistem ini.
Walaupun berkonsepkan sistem terbuka tetapi operasi kemasukan data dan pentadbiran data/maklumat hanya akan dikendalikan oleh administrator sistem dan pentadbir kemasukan data yang dibenarkan sahaja.
Manfaat
Meningkatkan kutipan hasil melalui perkhidmatan yang cekap dan penjimatan dalam kos operasi.
Mengurangkan karenah birokrasi dalam pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR).
Tempoh operasi/ perkhidmatan cepat dan tepat.
Sifar sindiket (pemalsuan dokumen nikah).
Memudahkan proses carian data/ maklumat semua pasangan yang berdaftar dengan sistem NCR.
Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Terma & Syarat|Peta Laman|Bantuan W3C|Mengenai Kami|Waktu Pejabat Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012