Program Latihan U.M.I (Ubudiyyah, Mas’uliyyah & Itqan) Anggota Perkhidmatan Awam



17 Februari 2011 - Khamis : Wawasan U.M.I (Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan) adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai awam yang berintegriti melalui landasan. Kefahaman Islam adalah amat perlu dan penting dalam kehidupan seseorang manusia. Ianya merupakan ikatan yang amat kukuh untuk kejayaan ummat dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W terutamanya melalui prinsip Ubudiyah, Masuliyyah dan Itqan.

 

Sehubungan itu, Program Latihan U.M.I  yang bermula 10 Februari 2011 lagi diharap dapat mewujudkan kakitangan awam yang berintegriti serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara jabatan dan membantu agensi / jabatan-jabatan yang belum menyediakan aktiviti agama untuk melaksanakan kepada kakitangan yang akhirnya melahirkan insan yang bertaqwa melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini akan dilaksanakan setiap hari khamis bekerja bagi Jajahan Kota Bharu bertempat di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang . Manakala lain-lain Jajahan akan ditentukan oleh Ketua Jajahan. Bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang dengan kehadiran peserta akan dicatat dan akan dikira sebagai 1 hari berkursus setelah genap kehadiran 6 jam ke majlis ini.

Semua pegawai dan kakitangan Jabatan / Agensi / PBT Kerajaan di seluruh Kelantan mengikut jajahan diwajibkan hadir kecuali kakitangan yang perlu berada di pejabat untuk urusan dengan pelanggan. Masyarakat setempat juga boleh turut serta mengikuti kelas ini.

Program latihan U.M.I adalah berbentuk ceramah mingguan dan penceramah akan ditentukan oleh JAHEAIK / PAJ. Setiap jabatan perlu ada urusetia masing-masing untuk merekodkan kehadiran bagi tujuan laporan kehadiran kursus. Setiap peserta dikehendaki menghantar ulasan kursus pada setiap minggu berikutnya kepada urusetia sebagai penilaian dan dikeluarkan sijil pada akhir tahun.

Kuliah menggunakan Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) Karangan Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali. Semua peserta digalakkan untuk mendapatkan buku / kitab ini, setiap orang dan hadir dalam bentuk ‘menadah kitab’ bukan hadir mendengar.

 

RINGKASAN PROGRAM LATIHAN U.M.I (UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN)


TARIKH:

Setiap Hari Khamis (Bermula 10 Februari 2011)

MASA:

2.00 Petang – 3.30 Petang

TEMPAT:

Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim.

JEMPUTAN:

- Semua Pegawai Dan Kakitangan - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
- Pejabat Mufti Negeri Kelantan
- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)
- Majlis Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK)
- Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
- Jabatan Pengaliran Dan Saliran Negeri Kelantan
- Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu
- Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan

PENCERAMAH:

YB Mohamad Bin Mustapha

CATATAN:

Latihan U.M.I (Ubudiyyah, Masruiyyah dan Itqan) turut diadakan juga Serentak di Zon-zon yang ditetapkan seperti

- Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
- Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
- Semua Jajahan (Tempat akan dimaklumkan kemudian)

KEHADIRAN:

Purata setiap minggu kehadiran peserta adalah seramai 208 Orang.

URUSETIA:

Bahagian Pendidikan, JAHEAIK.



Kemaskini Akhir pada Rabu, 05 Oktober 2011 09:06

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3581
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19744
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140282
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416941

Kami ada 77 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000011 saat **