WACANA KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V 1433H / 2012M



Selasa - 28 Februari 2012 : Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sedang menganjurkan WACANA KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V 1433H / 2012M bertemakan "MODEL MASYARAKAT BERTAQWA" pada 05 - 06 Rabiul Akhir 1433H / 27 - 28 Februari 2012M (Isnin - Selasa) mulai jam 8.30 pagi - 4.30 petang bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. Sila rujuk Aturcara Majlis untuk maklumat lanjut.

Ikuti Siaran Langsung melalui url http://kelantan.gov.my/weblive/

SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

JAHEAIK - (Tel) : 09-7443633, (Faks) : 09-7446685 ATAU
Tuan Hj. Mohd Arif bin Mohd Nor - Timbalan Pengarah (Pengurusan) 019-9375101
En. Mohd Zamri bin Ibrahim - Penolong Pengarah (Pendidikan) 019-9377447
En. Mohd Khairol Azdmi bin Mohd Razali - Penolong Pengarah (Pengurusan Majlis) 019-9124809
En. Mohd Sabilly bin Mohd Ramli @ Annuar - Penolong Pengarah (Pentadbiran) 013-9341044 ATAU
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

sila muat turun Template Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V 1433H / 2012M dan Borang Penyertaan

MUQADDIMAH

Perjalanan hampir satu dekad, pada 01 Muharram 1432H bersamaan 06 Disember 2010M, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V telah menitahkan Transformasi Ummah perlu mula digerakkan semula melalui 5 Teras sebagai Pelan Strategik Pembangunan Modal Insan iaitu Fakihan, Aminan, Rahiman, Ilman dan Salaaman. Pelan berasaskan pendekatan Agama adalah satu usaha membina generasi baru umat Islam yang berdaya saing dalam arus cabaran global.

Dalam merealisasikan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaku Ketua Agama Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengenalpasti beberapa pendekatan yang perlu diberikan keutamaan dan penekanan, melalui program-program semasa yang bersifat jangka panjang untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan itu, Negeri Kelantan telah bersedia sebagai model Islam Sebuah Masyarakat Taqwa pada peringkat nasional dan serantau, menurut acuan yang digariskan oleh Islam dan menepati citarasa keperluan sebuah Negara maju berkonsepkan Kesejahteraan Sejagat.

OBJEKTIF

  1. Meletakkan Islam pada tempatnya.
  2. Mengembalikan kemuliaan Insan.
  3. Mengekalkan ketaqwaan dalam masyarakat.

SIAPA YANG PERLU HADIR

  • Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
  • Wakil Rakyat dan Ahli Politik.
  • Ahli-ahli Akademik IPTA dan IPTS.
  • Pengamal Undang-undang.
  • Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.
  • Jabatan Mufti Negeri-negeri.
  • Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
  • Penggawa dan Penghulu Negeri Kelantan.
  • Pegawai Dakwah/Halaqat.
  • Pegawai Pendidikan.
  • Pelajar IPTA dan IPTS.
  • Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Pegawai-pegawai Masjid (Imam).
  • Individu-individu yang berminat terhadap pentadbiran negara

PENYERTAAN.

  • Penyertaan adalah percuma
  • Makan/minum dan kit wacana sepanjang program disediakan

PENGINAPAN

Antara hotel yang boleh dihubungi untuk penginapan ialah :

  1. Hotel Renaissance : 09-746 2233.
  2. Hotel Grand Riverview : 09-743 9988.
  3. Hotel Temenggong : 09-748 3844.
  4. Hotel New Pacific : 09-735 1111

* Shuttle Bas disediakan dari hotel ke tempat program

********************************************************************************************************

ATURCARA MAJLIS
WACANA KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V 1433H / 2012M
bertemakan
"MODEL MASYARAKAT BERTAQWA"

Hari Pertama : Isnin (05 Rabiulakhir 1433H bersamaan 27 Februari 2012M)

Masa

9.00pagi
-
Pendaftaran Peserta

- MAJLIS PERASMIAN
10.25pagi - Ketibaan Dif-dif Kehormat
10.40pagi
-
Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
10.50pagi -
Keberangkatan Tiba Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
11.00pagi -
Keberangkatan Tiba KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

-
"Selamat Sultan" dimainkan

-
Bendera Tubuh dikibarkan

-
Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran

-
Persembahan Ucapan Oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

- Titah Perasmian Oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

- Titah Diraja


"ISLAM Penyelamat Ummah : Pemerkasaan Hak-Hak Mutlak Allah Dalam Kehidupan Manusia" Oleh Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.

- Persembahan Cenderamata kepada KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V Oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

- Persembahan Cenderamata kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

- "Selamat Sultan" dimainkan.

- Majlis Santapan Tengahari

- Keberangkatan Pulang KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V.

- Keberangkatan Pulang Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan

- Rehat dan solat zohor




-
PENERAJU GAGASAN TAQWA :
2.30petang
Kertas 1 : Faqihan


Pembentang : Al-Fadhil Ust. Ab. Kadir bin Hj. Muhammad


Jemaah Ulamak Kelantan/ Mantan Pensyarah KIAS
3.30petang
-
Kertas 2 : Aminan


Pembentang : YBrs Dr. Ahmad Najib bin Abdullah


Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri



 

Hari Kedua : Selasa (06 Rabiulakhir 1433H bersamaan 28 Februari 2012M)



TAQWA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH :
8.30pagi -
Kertas 3 : Rahiman


Pembentang :  YBrs. Dr. Muhamad Zahiri bin Awang Mat


Assistant Professor, Akademik Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Kuala Lumpur


TAQWA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA :
9.30pagi -
Kertas 4 : Ilman


Pembentang : YBrs. Dr. Yaacob bin Hj. Yusoff


Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
10.30pagi -
Minum Pagi


Kertas 5 : Salaaman
11.00pagi -
Pembentang : YBrs. Prof. Madya Dr. Shukeri bin Mohamed


Pensyarah Kanan Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri
12.00Tgh
-
Resolusi dan Majlis Penutup

Semua Pegawai & Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dijemput hadir.



Kemaskini Akhir pada Selasa, 28 Februari 2012 13:56

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3583
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19746
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140284
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416943

Kami ada 77 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000011 saat **