|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |

20hb. Mac 2011M bersamaan 16 Rabiul Akhir 1432H : Satu Seminar Pemantapan AQIDAH Peringkat Jajahan Pasir Puteh telah berjaya diadakan bertempat di Wisma Tuah, Jalan By Pass, Pasir Puteh-Jertih bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Seminar yang dianjurkan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan Pejabat Agama Pasir Puteh ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesucian aqidah Islam sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya ancaman aqidah yang sedang melanda umat Islam hari ini.
Seramai kira-kira 300 orang peserta telah hadir menjayakan seminar sehari ini yang mana terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan/badan berkanun, penghulu-penghulu, penggawa-penggawa, imam-imam serta masyarakat umum. Seminar sehari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj Che Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah YBrs. En. Zairi bin Abdullah, Penolong Ketua Jajahan Pasir Puteh mewakili YABrs. Tuan Hj. Fauzi bin Mat, Ketua Jajahan Pasir Puteh.
Melalui seminar ini juga, penjelasan yang jelas kepada masyarakat mengenai ajaran sesat supaya mereka dapat mengetahui ciri-ciri ajaran yang menyeleweng serta terhadap isu-isu semasa berkenaan aqidah yang sering diperkatakan masyarakat. Seminar sehari ini juga telah berjaya mengetengahkan 2 kertas kerja iaitu Bahaya Fahaman Liberalisme Kepada Akidah Umat Islam yang disampaikan oleh YBhg. Dr.Idris bin Awang, Timb.Ketua Eksekutif KIAS. Manakala kertas kerja kedua bertajuk Unsur Khurafat dan Tahyul Dalam Kehidupan Muslim Hari Ini disampaikan oleh YBrs.Ustz Suratemi Mat Jusoh, Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu.
Penganjuran Seminar Pemantapan Akidah Peringkat Jajahan Pasir Puteh ini telah berjaya memberi banyak pendedahan dan kesedaran kepada para peserta yang hadir. Malahan, disaat akidah umat Islam yang kian rapuh dan longgar pada hari ini seminar seumpama ini sememangnya amat diperlukan untuk membimbimg serta memberi kesedaran kepada masyarakat.
TENTATIF PROGRAM
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 -10.30 pagi : Ceramah 1 (Tajuk : Bahaya Fahaman Liberalisme kepada akidah umat Islam)
Pembentang : YBrs. Dr. Idris bin Awang Timbalan Ketua Eksekutif, Bahagian Akademik, KIAS
10.30 -10.45 pagi : Minum pagi
10.45pg -12.00 Tengahari : Ceramah 2 ( Tajuk : Unsur Khurafat dan Tahyul Dalam Kehidupan Muslim Hari Ini)
Pembentang : YBrs. Tuan Haji Suratemi bin Mat Jusoh Pegawai Agama Jajahan Kota Bharu
12.00 -12.30 Tengahari : Sesi soal jawab.
12.30 -1.00 Tengahari : Majlis Perasmian Penutup
12.30 Tengahari : Ucapan Pengerusi Majlis
12.40 Tengahari : Ucapan alu-aluan Oleh YABrs. Tuan Hj. Fauzi bin Mat Ketua Jajahan Pasir Puteh
12.45 Tengahari : Ucapan Perasmian Penutup Oleh YB. Dato’ Hj. Che Mohd Rahim bin Jusoh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
1.00 Tengahari : Makan tengahari dan bersurai
** Nota : Sepanjang program berlangsung akan diadakan Pameran Kesedaran Halal Oleh Unit Pengurusan Halal
GALERI BERGAMBAR

Peserta Sedang Membuat Pendaftaran

Penceramah Sedang Membentangkan Kertas Kerja

Peserta Sedang Mendengar Ceramah Yang Sampaikan

YB. Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
Berucap Pada Majlis Perasmian Seminar
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Khamis, 31 Mac 2011 09:14
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my