Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Dan Kepenggunaan Peringkat Jajahan Tanah Merah



Ahad, 22 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 27 Mac 2011M yang lalu, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah serta Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah telah menganjurkan Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Dan Kepenggunaan sempena Hari Terbuka Masjid Bandar Tanah Merah. Seminar ini telah berlansung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Masjid Bandar Tanah Merah.

Kira-kira seramai 300 orang peserta telah hadir menjayakan seminar ini yang mana terdiri daripada kakitangan kerajaan, imam-imam, guru-guru, NGO serta masyarakat setempat. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Salleh bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan mewakili YB. Haji Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Turut hadir pada malis perasmian tersebut ialah YABrs. Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail, Ketua Jajahan Tanah Merah.

 

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan menyebarkan maklumat yang tepat tentang peranan, fungsi dan kelebihan pensijilan halal, memberi pendedahan kepada para peserta tentang hak-hak mereka sebagai pengguna muslim dan memberi pendedahan kepada peserta tentang elemen-elemen amalan kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan muslim selaras dengan perinsip halalan toyyiba.

Sepanjang berlansungnya seminar, tiga kertas kerja telah berjaya diketengahkan iaitu kertas kerja pertama Kepentingan Pensijilan Halal disampaikan oleh YBrs. Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim, Penolong Pengarah Pengurusan Halal Jabatan Hal oleh Ehwal Agama Islam Kelantan. Manakala kertas kerja kedua Hak dan Tanggungjawab Pengguna Muslim telah disampaikan oleh YABrs. Tuan Haji Fauzi bin Haron iaitu Pengarah, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan. Kertas kerja terakhir pula, iaitu Penerapan Amalan Kebersihan dan Kesihatan Selaras dengan Prinsip Halalan Toyyiba disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Yusma Anuar bin Mohd Yusoff, Pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

 

ATURCARA PROGRAM

08.00 pg : Pendaftaran Peserta

09.00 pg : Pembentangan Kertas Pertama (Kepentingan Pensijilan Halal Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan)

10.00 pg : Minum pagi

10.20 tgh : Pembentangan Kertas Kedua (Hak dan Tanggungjawab Pengguna Muslim Oleh : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan)

11.20 pg : Pembentangan Kertas Ketiga (Penerapan Amalan Kebersihan dan Kesihatan Selaras dengan Prinsip Halalan Toyyiba Oleh : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan)

12.30 tgh : Majlis Perasmian Penutup - Ucapan Pengerusi Majlis

12.40 tgh : Ucapan Alu-Aluan Oleh YABrs. Tuan Hj. Zamri bin Hj. Ismail Ketua Jajahan Tanah Merah

12.45 tgh : Ucapan Perasmian Penutup Oleh : YB. Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Jusoh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

01.00 ptg : Makan Tengahari dan Bersurai

Nota: ** Sepanjang program berlangsung akan diadakan pameran kesedaran halal.

 

GALERI BERGAMBAR

Peserta Sedang Mendengar Ceramah Yang Disampaikan Penceramah Jemputan


YBrs. Tuan Haji Salleh Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Bersama YABrs. Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Jajahan Tanah Merah serta Dif-Dif Jemputan

 


YABrs. Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Jajahan Tanah Merah Memberi Ucapan Kata Alu-Aluan

 


YBrs. Tuan Haji Salleh Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan Sedang Menyampaikan Ucapan

 


YABrs. Tuan Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Jajahan Tanah Merah Menyampaikan Cenderahati Kepada YBrs. Tuan Haji Salleh Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan



Kemaskini Akhir pada Ahad, 03 April 2011 08:40

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3588
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19751
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140289
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416948

Kami ada 75 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000012 saat **