Seminar Kesedaran Pensijilan Halal dan Kepenggunaan Peringkat Jajahan Gua Musang



Selasa - 25 Oktober 2011 : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Pejabat Agama Jajahan Gua Musang telah berjaya menganjurkan Program Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Dan Kepenggunaan Peringkat Jajahan Gua Musang iaitu bertempat di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang mulai jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengahari. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Mat Jusoh bin Husin, Ketua Jajahan Gua Musang. Kira-kira seramai 350 orang peserta telah hadir yang mana terdiri daripada pelajar sekolah, peniaga kecil, kakitangan awam serta masyarakat umum.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menyebarkan maklumat yang tepat tentang peranan, fungsi dan kelebihan pensijilan halal.
  2. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang hak-hak mereka sebagai pengguna muslim.
  3. Memberi pendedahan kepada peserta tentang elemen-elemen amalan kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan muslim selaras dengan perinsip halalan toyyiba.

Tiga kertas kerja akan diketengahkan iaitu kertas pertama bertajuk Kepentingan Pensijilan Halal, kertas kedua bertajuk Hak dan Tanggungjawab Pengguna Muslim, manakala kertas ketiga bertajuk Penerapan Amalan Kebersihan dan Kesihatan Selaras dengan Prinsip Halalan Toyyiba.

Di samping itu, cabutan bertuah telah turut diadakan untuk peserta yang hadir.

 

ATURCARA
PROGRAM SEMINAR KESEDARAN PENSIJILAN HALAL DAN KEPENGGUNAAN

PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG

Tarikh : Selasa, 27 Zulkaedah 1432H bersamaan 25 Oktober 2011M
Tempat : Dewan Pusat Sivik, Gua Musang
Masa : 8.00 pagi hingga 12.50 tengahari

Masa

8.00-9.00pagi
-
Pendaftaran Peserta
9.00-10.00pagi - Pembentangan Kertas Pertama Kepentingan Pensijilan Halal

Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
10.00-10.20pagi -
Minum Pagi
10.20-11.20pagi
-
Pembentangan Kertas Kedua Hak dan Tanggungjawab Pengguna Muslim


Oleh : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan
11.20-11.30pagi
Pembentangan Kertas Ketiga Penerapan Amalan Kebersihan dan Kesihatan Selaras dengan Prinsip Halalan Toyyiba


Oleh : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
12.30pagi - Ucapan Pengerusi Majlis
12.35pagi - Ucapan Perasmian Penutup

Oleh : YABrs.Tuan Haji Mat Jusoh bin Husin Ketua Jajahan Gua Musang
12.50petang - Makan Tengahari & bersurai


Kemaskini Akhir pada Selasa, 25 Oktober 2011 15:45

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3595
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19758
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140296
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416955

Kami ada 73 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000012 saat **