Karnival Halal Kelantan 2007




JAHEAIK sekali lagi akan menganjurkan Karnival Halal Kelantan 2007 yang akan berlangsung pada 1hb-8hb Ogos 2007 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV dan Hotel Perdana Kota Bharu. Sebarang pertanyaan untuk ruang pameran dan jualan dibuka mulai sekarang. Sila hubungi Ustaz Hasnan Ramli (PP Penyelidikan) di talian 013-9203537. Harap maklum.

Download Brochure (PDF - High Quality - 5MB)

Download Brochure (PDF - Low Quality - 500K)

Download - Multimedia Konvensyen Halal '07

Bermula 01 Ogos hingga 08 Ogos 2007 yang lepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengadakan program Karnival Halal Kelantan 2007 untuk tahun yang ketiga bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV . Program yang ditunggu-tunggu dikalangan para pengusaha dan pengguna Halal itu telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, pada 05 Ogos 2007. Majlis Perasmian yang diserikan persembahan kumpulan Nasyid Hijjaz turut dihadiri Ustaz Haji Hassan Bin Mahamood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Negeri kelantan, Haji Ab. Aziz bin ab Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan serta beberapa orang Exco kerajaan Negeri Kelantan.

Karnival Halal Kelantan 2007 yang sekali lagi menggunakan tema “Mencari Halal Satu Kefardhuan” itu, telah disertai sebanyak 130 buah syarikat yang mendapat sijil halal. Pelbagai produk telah dipamer dan dijual kepada pengunjung antaranya ialah makanan dan minuman kesihatan, herba ubat-ubatan, makanan segera, takaful, pakaian, buku pameran agensi kerajaan dan pelbagai lagi bagi menyambut tetamu yang berkunjung untuk mendapat produk halal disamping menambah pengetahuan mereka melalui pamera yang diadakan. Disamping itu pengunjung juga disajikan dengan pelbagai program yang berinformasi dan acara menarik untuk memeriahkan lagi suasana karnival, antaranya ialah Wacana Halal dan Kepenggunaan, Pertunjukan Fesyen Busana Muslimah, Kursus Sembelihan, Konvensyen Halal, Forum Halalan Tayyiba , Persembahan Nasyid, Dikir Barat, Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri, Pertunjukan Kereta dan Kapal Terbang kawalan Jauh Pertandingan Mewarna dan acara selingan cabutan bertuah yang diadakan dua kali sehari sepanjang karnival berlangsung.

Kemeriahan Karnival Halal Kelantan 2007 mula melabuhkan tirainya pada 08 Ogos 2007, apabila perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan

GALERI GAMBAR SEMASA MAJLIS PERASMIAN



Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:31

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3595
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19758
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140296
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416955

Kami ada 71 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000011 saat **