|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
Pada 18 Mac 2010 lalu Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dengan kerjasama TM Info Media Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan Standard Halal di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Seramai 105 orang pengusaha-pengusaha yang terpilih telah menyertai seminar sehari ini. Seminar ini telah dirasmikan oleh Haji Mohd Salleh bin Jusoh, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, yang mewakili Dato’ Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memberi semangat serta dorongan kepada para peserta tentang kelebihan menceburi diri dalam industri halal. Disamping itu program ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada pengusaha-pengusaha halal tentang pengurusan halal yang berkualiti. Selain daripada itu program ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang elemen-elemen Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) selaras dengan perinsip halalan toyyiban.
Seminar ini telah berjaya mengetengahkan tiga kertas kerja iaitu, Pelanggaran Elemen GMP dalam Pensijilan Halal yang telah disampaikan oleh Cik Siti Noorhuda binti Musa, Pegawai Teknologi Makanan, Pejabat Kesihatan Kota Bharu. Manakala kertas kerja yang kedua pula ialah Pengurusan Standard Halal yang dibentangkan oleh Encik Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim , Penolong Pengarah Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Manakala pada sebelah petang pula seminar ini diteruskan dengan pembentangan ketas kerja yang ketiga iaitu Industri Halal : Satu Peluang Keemasan yang telah disampaikan oleh Encik Hasnan bin Haji Ramli, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Seminar tersebut telah diakhiri dengan slot bersama Penerbit Halal Pages yang dikendalikan oleh Encik Jamal Abdul Naser bin Zainal Abidin, Pengurus Perancangan, Pengurusan dan Strategi Perniagaan, TM Info Media Sdn. Bhd.

Pembentang kertas pertama sedang meyampaikan kertas kerja beliau

Para peserta sedang memberi perhatian terhadap pembatangan kertas kerja
DSFFSD
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:25
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my