SEMINAR AMALAN PERBOMOHAN DAN PERSILATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM



Pada 25 Mac 2010 lalu bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah berjaya menganjurkan Seminar Amalan Perbomohan Dan Persilatan Menurut Perspektif Islam bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim. Seminar ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari yang telah dihadiri seramai 500 orang peserta terdiri daripada persatuan-persatuan seni silat Negeri Kelantan, pegawai dan kakitangan kerajaan, pelajar IPTA,IPTS serta masyarakat awam.

Majlis perasmian dimulakan dengan persembahan Silat Cekak oleh wakil dari Persatuan Silat Cekak Negeri Kelantan. Upacara perasmian seterusnya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang mewakili YABhg. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,YABhg. Dato’ Haji Mohd Azamli Bin Jamaluddin.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan :

  1. Untuk memantau amalan-amalan yang digunakan oleh bomoh–bomoh dan dukun-dukun agar ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
  2. Menyediakan satu garis panduan yang akan menjadi rujukan para bomoh selaras dengan hukum syarak.
  3. Memantau amalan persilatan supaya tidak terdapat unsur-unsur pemujaan terhadap guru dan tidak menyeleweng dari agama Islam.
  4. Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai amalan perbomohan yang sebenar mengikut hukum Islam.

Seminar separuh hari ini juga telah berlangsung dengan jayanya melalui perbentangan 2 kertas kerja iaitu Amalan Perbomohan Dan Kaitannya Dengan Ajaran Sesat : Penyelesaian Menurut Islam yang mana telah dibentangkan oleh YABrs. Tn. Hj. Razali Bin Shahabudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM. Manakala kertas kerja kedua telah disampaikan oleh YABhg. Dato’ Dr. Johari Bin Mat, Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra yang bertajuk Seni Persilatan Menurut Perspektif Islam. Seminar ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab daripada para peserta.

 

GALERI BERGAMBAR

Peserta Sedang Membuat Pendaftaran


Persembahan Silat Dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kelantan


Para Peserta Sedang Mendengar Pembentangan Kertas Kerja Dari Penceramah


KPP Penyelidikan Menyampaikan Cenderahati Kepada Perasmi



Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:24

Malay Arabic English
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3600
mod_vvisit_counterSemalam4952
mod_vvisit_counterMinggu Ini19763
mod_vvisit_counterMinggu Lepas44337
mod_vvisit_counterBulan Ini140301
mod_vvisit_counterBulan Lepas147150
mod_vvisit_counterJumlah1416960

Kami ada 73 tetamu online
Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
 
WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.
Maklumat dalam portal ini telah dikemaskinikan pada : 30hb. Mei 2012
** Halaman ini dijana 0.000012 saat **