|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |

Pada 7 Jun 2010 lalu Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) telah berjaya menganjurkan Seminar Halalan Toyyiban yang bertempat di Kelantan Trade Center. Seminar sehari ini telah dihadiri seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha halal, pegawai dan kakitangan kerajaan serta masyarakat awam yang mana telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Haji Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan Dan Dakwah Negeri Kelantan.
Objektif penganjuran program seminar ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkembangan industri halal, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang halal dan haram dalam konteks beragama dan juga memberi kefahaman tentang kepentingan Pensijilan Halal kepada peniaga dan pengguna.
Seminar ini telah berjaya mengetengahkan 5 kertas kerja iaitu Kertas 1 bertajuk Aplikasi Gelatin Halal Dalam Kehidupan yang disampaikan oleh YBhg. En. Muhammad Azhar Abdullah,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Halagel (M) Sdn Bhd. Kertas 2 bertajuk Bisnes Halal Satu JihadYBhg. Tuan Hj. Rozan Mohd Sa’at,Ahli Majlis Tertinggi DPIM / Naib Presiden Kanan Pembangunan Intrapreneur Johor Corporation disampaikan oleh . Kertas 3 bertajuk Farmaseutikal Halal, Satu Realiti disampaikan oleh YBhg. Puan Roziatul Akman Osman Pengurus Besar Sokongan Perniagaan Dan Operasi Pemasaran Chemical Company Of Malaysian Berhad (CCM). Kertas 4 bertajuk Pensijilan Halal disampaikan oleh YABrs. Ustaz Hasnan bin Hj. Ramli, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Kertas 5 bertajuk Peluang-Peluang Bisnes Dalam Industri Halal yang disampaikan oleh 3 penceramah jemputan iaitu YBhg. Tuan Hj. Jamaludin Md. Ali (Pengarah Urusan QSR Brands Berhad/KFC Holdings Malaysia Berhad), YBhg. Encik Suhaimi Abas (Ketua Pegawai Eksekutif OTAi Franchise Sdn. Bhd) dan juga YBhg. Puan Sharizan Mohd Nawi (Eksekutif Unit ICBU dan Perbankan Perniagaan Maybank Islamic Berhad).
Seminar telah diakhiri dengan Sesi Klinik Usahawan/Jaringan Bisnes
GALERI BERGAMBAR
Peserta sedang membuat pendaftaran

YABhg. Dato’ Hj. Mohd Azamli Jamaluddin bersama Y.B. Dato’ Hj. Mohd Amar Hj. Nik Abdullah dan YBhg. Datuk Hajjah Ilani Dato’ Hj. Isahak pada majlis perasmian seminar

Para peserta sedang mendengar pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh penceramah

YABhg. Dato’ Haji Mohd Azamli Jamaluddin menyampaikan cenderahati kepada Y.B. Dato’ Haji Mohd Amar Haji Nik Abdullah
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Kemaskini Akhir pada Rabu, 30 Mac 2011 09:24
09-7443633 (ext : 135)
jaheaik
kelantan.gov.my