Sumbangan Ikhlas

Tabung Pembangunan Keluarga JAHEAIK
boleh disalurkan menerusi
Bank Islam,
No Akaun : 03-0180-1010-4373


Langgan Berita
Sila daftar e-Mel Anda disini:

Malay Arabic English
Saiz Teks
Rabu, 08 Februari 2012

 

 

Apakah Penilaian Anda Terhadap Kualiti Perkhidmatan JAHEAIK?
05.03.10

Senarai Piagam Pelanggan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  1. Proses Penyelesaian Bayaran Bil-bil tuntutan perbelanjaan bekalan pejabat dan Bayaran Balik Wang Amanah.
  2. Siasatan dan laporan aduan orang awam.
  3. Proses pembelian inventori.
  4. Proses pembelian harta modal.
  5. Proses pembayaran invois.
  6. Proses pembayaran gaji.
  7. Pembayaran elaun perjalanan dan elaun lebih masa.
  8. Tempahan dewan/ asrama/ dan terima bayaran.

 

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang keluarga Islam

  1. Bersedia memberi maklumat mengenai prosedur-prosedur perkahwinan/peceraian dengan tepat dan jelas dalam tempoh 30 minit.
  2. Memproses prmohonan kebenaran kahwin luar negeri/negara dan kahwin segera dalam masa satu (1) hari.
  3. Memproses permohonan kebenaran kahwin bawah umur, wali raja dan wali enggan dalam masa dua (2) minggu.
  4. Memproses dan mengeluarkan perakuan nikah dalam tempoh satu (1) bulan dan perakuan cerai dalam tempoh satu (1) bulan selepas penyerahan dokumen berkenaan oleh pendaftar nikah/mahkamah.
  5. Memproses dan mengeluarkan cabutan/salinan perakuan nikah, cerai, taklik dan rujuk dalam temph dua minggu selepas permohonan.
  6. Bersedia menerima dan memproses aduan rumahtangga dalam masa dua (2) minggu.
  7. Proses penyiasatan akan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima arahan siasatan.
  8. Mendaftarkan kes-kes pendakwaan ke mahkamah syariah dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima fail kes

 

Bahagian Dakwah

  1. Memproses Permohonan ceramah atau tazkirah daripada jabatan atau agensi dalam tempoh dua minggu.
  2. Memproses Permohonan Kemasukan Islam Saudara Baru dalam tempoh 1 hari.
  3. Memproses Permohonan mendapatkan buku-buku Terbitan JAHEAIK dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan.

 

Bahagian Penguatkuasaan Syariah

  1. Menerima maklumat tangkap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dengan mengisi borang 5.
  2. Mengambil tindakan penguatkuasaan serta merta terhadap semua maklumat dan aduan lengkap yang diterima atas kesalahan jenayah syariah.
  3. Menjalankan siasatan dalam tempoh 1 bulan selepas menerima arahan siasatan.

 

Bahagian Pendakwaan Syarie


Bahagian Penyelidikan

  1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
  2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
  3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.
  4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah permohonan lengkap diterima.
  5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh satu (1) minggu selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal.
  6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam masa dua (2) minggu selepas aduan diterima.


Bahagian Pendidikan

  1. Memproses Permohonan Sokongan Pas Lawatan Iktisas Belajar Agama Bagi Warganegara Asing Dalam Tempoh 1 Minggu (7 hari kerja).
  2. Memproses Permohonan Kursus Pegawai dan Kakitangan JAHEAIK ke INTAN, ILIM, ILDAS, JKSM Dan Lain-Lain Mengikut Jadual Yang Ditawarkan.
  3. Mengendalikan Kursus-Kursus Atau Seminar Yang Dianjurkan Oleh ILID Kepada Pegawai Dan Kakitangan JAHEAIK.
  4. Menerima Bahan Bacaan / Rujukan di PERPUSTAKAAN JAHEAIK daripada Jabatan/ Agensi Luar sebagai rujukan Pegawai dan Kakitangan JAHEAIK.

 

Dakwah Halaqat Negeri

  1. Menyediakan program dakwah kepada kumpulan sasar yang tertentu serta menyelia pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
  2. Melaksanakan program kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan seluruh negeri Kelantan.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program ibadat seperti:
    • Seminar Solat
    • Kursus Kecemerlangan Solat * Ihya’ Ramadhan
    • Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dll.
  4. Menyediakan program kekeluargaan dan kemasyarakatan.
  5. Menganjurkan program latihan atau kursus kepada tenaga penggerak Dakwah Halaqat untuk memantapkan nilai sahsiah mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih efisien.
  6. Menekankan aspek dakwah kepada golongan pelbagai peringkat umur di semua kawasan seluruh negeri Kelantan bagi memastikan keberkesanan program-program yang dijalankan.
  7. Melantik Pengelola, Pegawai dan Pembantu Dakwah, Guru Al-Quran, Guru Fardhu Ain serta Guru Pondok bagi setiap kawasan di seluruh negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran setiap program yang disediakan oleh Bahagian Dakwah Halaqat.
  8. Mengkaji dan merancang pelbagai program lanjutan seiring dengan perkembangan semasa.
Kami ada 38 tetamu online

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini917
mod_vvisit_counterSemalam3624
mod_vvisit_counterMinggu Ini22966
mod_vvisit_counterMinggu Lepas18017
mod_vvisit_counterBulan Ini33169
mod_vvisit_counterBulan Lepas118573
mod_vvisit_counterJumlah911959

WebMaster
Telephone number of WebMaster 09-7443633 (ext : 135)
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat | Peta Laman| Bantuan W3C | Mengenai Kami | Waktu Pejabat
Penafian : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768.