|
|
| 1. Peta Lokasi |
| 2. Aduan Awam |
| 3. Koleksi Soalan Lazim |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Koleksi Berita |
| 6. Buku Tetamu |
|
|
| 1. Webmail Rasmi |
| 2. Sistem HRMIS |
| 3. Koleksi Video |
| 4. Koleksi Muat Turun |
| 5. Buletin AL-WASILAH |
Kemaskini Akhir pada Khamis, 26 Januari 2012 09:52
Ahad - 22 Januari 2012 : Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) akan mengadakan WACANA KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V 1433H / 2012M bertemakan "MODEL MASYARAKAT BERTAQWA" pada 05 - 06 Rabiul Akhir 1433H / 27 - 28 Februari 2012M (Isnin - Selasa) mulai jam 8.30 pagi - 4.30 petang bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
MUQADDIMAH
Perjalanan hampir satu dekad, pada 01 Muharram 1432H bersamaan 06 Disember 2010M, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V telah menitahkan Transformasi Ummah perlu mula digerakkan semula melalui 5 Teras sebagai Pelan Strategik Pembangunan Modal Insan iaitu Fakihan, Aminan, Rahiman, Ilman dan Salaaman. Pelan berasaskan pendekatan Agama adalah satu usaha membina generasi baru umat Islam yang berdaya saing dalam arus cabaran global.
Dalam merealisasikan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaku Ketua Agama Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengenalpasti beberapa pendekatan yang perlu diberikan keutamaan dan penekanan, melalui program-program semasa yang bersifat jangka panjang untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan itu, Negeri Kelantan telah bersedia sebagai model Islam Sebuah Masyarakat Taqwa pada peringkat nasional dan serantau, menurut acuan yang digariskan oleh Islam dan menepati citarasa keperluan sebuah Negara maju berkonsepkan Kesejahteraan Sejagat.
SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
JAHEAIK - (Tel) : 09-7443633, (Faks) : 09-7446685 ATAU
Tuan Hj. Mohd Arif bin Mohd Nor - Timbalan Pengarah (Pengurusan) 019-9375101
En. Mohd Zamri bin Ibrahim - Penolong Pengarah (Pendidikan) 019-9377447
En. Mohd Khairol Azdmi bin Mohd Razali - Penolong Pengarah (Pengurusan Majlis) 019-9124809
En. Mohd Sabilly bin Mohd Ramli @ Annuar - Penolong Pengarah (Pentadbiran) 013-9341044 ATAU
Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
sila muat turun Template Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V 1433H / 2012M dan Borang Penyertaan