YB. DATO' HJ. MOHD AMAR
BIN NIK ABDULLAH

Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam, Pendidikan
dan Dakwah


YABhg. DATO' HJ. MOHD AZAMLI
BIN JAMALUDDIN

Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kelantan




www jaheaik

SUMBANGAN

Sumbangan Ikhlas bagi Tabung Pembangunan Keluarga JAHEAIK boleh disalurkan menerusi Bank Islam, No Akaun : 03-0180-1010-4373

eXTReMe Tracker

PELAWAT

Free Web Counter

Tetamu Online : 7



CONTOH KAD NIKAH PINTAR (e-Nikah)

KAD NIKAH PINTAR

Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan sijil perakuan nikah di Negeri Kelantan. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH PINTAR
Kad nikah boleh dibuat di:

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,
Kompleks Islam Darul Naim
15200, Kota Bharu
Kelantan

atau

Dimana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan (mengikut daftar nikah)

Boleh juga hubungi untuk pertanyaan berkaitan di talian:
09-744-3633

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH
i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kelantan sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima sijil/buku perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1) Satu salinan Sijil/Buku (setiap helaian) Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri
2) 4 keping gambar berukuran Pasport :

a) 2 gambar suami (pakaian bersesuaian serta bersongkok/berkopiah.berserban)
b) 2 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)

Nota : Warganegara berlatarbelakangkan biru dan Bukan Warganegara berlatarbelakangkan Merah

3) Bayaran RM30.00 untuk dua keping kad nikah pintar.

Suami atau isteri boleh hadir bersama atau sendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh 4 minggu. Suami atau isteri boleh mengambil sendiri ditempat mereka membuat permohonan.


    PENAFIAN:JAHEAIK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
DISCLAIRMER:JAHEAIK shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.


Copyright © 2006-2009 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). All Rights Reserved.
Tarikh Kemaskini: 08hb. September 2009