Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Tetapan

Pengenalan Halaqat Negeri

  • PDF

Sejarah Penubuhan Halaqat

Bahagian Dakwah Halaqat telah mula ditubuhkan pada 8hb April 1991 sebagaimana kertas MMK HJH.9/325/91(16). Bahagian ini ditubuhkan untuk memajukan urusan dakwah dan perkembangan Islam di seluruh negeri Kelantan serta melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sehingga wujudnya keluarga dan masyarakat yang sejahtera dengan mendapat keampunan dan keredhaan daripada Allah.

Beberapa portfolio telah dibentuk bagi memantapkan pengurusan pelbagai aktiviti bahagian ini, seperti:

  1. Pengelola Halaqat Kawasan
  2. Pegawai Dakwah Halaqat
  3. Pembantu Pegawai Dakwah Halaqat
  4. Guru Al-Quran
  5. Guru Pondok, dan
  6. Guru Fardhu Ain.

 

Carta Organisasi



Falsafah Dakwah Halaqat

Firman Allah (bermaksud): “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang buruk, serta kamu beriman kepada Allah.” (Al-Imran: 110) .

Firman Allah (bermaksud): “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yng baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Imran: 104)

Sehubungan dengan perintah Allah di atas, bahagian Dakwah Halaqat berusaha untuk memajukan dakwah dan perkembangan Islam di negeri Kelantan sejajar dengan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah.



Piagam Pelanggan Halaqat

  1. Menyediakan program dakwah kepada kumpulan sasar yang tertentu serta menyelia pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
  2. Melaksanakan program kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan seluruh negeri Kelantan.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program ibadat seperti:
    • Seminar Solat
    • Kursus Kecemerlangan Solat
    • Ihya’ Ramadhan
    • Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dll.
  4. Menyediakan program kekeluargaan dan kemasyarakatan.
  5. Menganjurkan program latihan atau kursus kepada tenaga penggerak Dakwah Halaqat untuk memantapkan nilai sahsiah mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih efisien.
  6. Menekankan aspek dakwah kepada golongan pelbagai peringkat umur di semua kawasan seluruh negeri Kelantan bagi memastikan keberkesanan program-program yang dijalankan.
  7. Melantik Pengelola, Pegawai dan Pembantu Dakwah, Guru Al-Quran, Guru Fardhu Ain serta Guru Pondok bagi setiap kawasan di seluruh negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran setiap program yang disediakan oleh Bahagian Dakwah Halaqat.
  8. Mengkaji dan merancang pelbagai program lanjutan seiring dengan perkembangan semasa.



DASAR KUALITI

Bahagian ini amat menekankan konsep dedikasi dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, memajukan dakwah dan perkembangan islam di seluruh negeri kelantan sejajar dengan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah.

 

VISI

Berperanan sebagai sebuah agensi kerajaan ke arah penyebaran Islam dan dakwah bagi melahirkan ummah yang memahami dan menghayati Islam secara syumul selaras dengan dasar kerajaan Membangun Bersama Islam.

 

MISI

  1. Berusaha melahirkan ummah yang menghayati cara hidup Islam dan berakhlak mulia sejajar dengan wawasan kerajaan negeri melalui prinsip ‛ubudiyyah, masuliyyah, dan itqan dalam semua aspek kehidupan bersandarkan kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar.
  2. Berusaha membina generasi yang mentaati dan mematuhi sepenuhnya perintah Allah dalam kehidupan sama ada dari sudut ibadat, muamalat, munakahat, dan jenayah melalui pelbagai program yang dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah Halaqat, dibantu oleh kakitangan Dakwah Halaqat di setiap kawasan.

 

OBJEKTIF

  1. Berusaha memberi khidmat dalam kegiatan dakwah dan meningkatkan kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan Bukan Islam dalam usaha membentuk ummah sejahtera selaras dengan tuntutan Islam, serta mengekalkan kepimpinan ulamak di Kelantan.
  2. Melahirkan lebih ramai golongan cendekiawan Islam yang serba boleh dan mapan.
  3. Menekankan konsep amar ma’ruf nahi mungkar.

 

 

FUNGSI

  1. Menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat (mata telinga kerajaan untuk mengetahui masalah rakyat pelbagai peringkat).
  2. Memberi kuliah dan ceramah kepada masyarakat.
  3. Pengkaji dan perancang kepada pelbagai pendekatan dakwah.
  4. Pentadbir di pejabat, dan pemimpin kepada masyarakat.
  5. Pelaksana kepada dasar dan arahan kerajaan.
  6. Pemantau terhadap semua kakitangan bahagian Dakwah Halaqat.
  7. Membantu mengumpulkan maklumat dan melaporkan segala masalah rakyat kepada pihak berwajib.
  8. Menghidupkan suasana pejabat supaya berperanan sebagai medan dakwah.
  9. Merekodkan segala aktiviti pengajaran yang dijalankan.
  10. Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kefahaman Islam sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.
  11. Berusaha melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan berkasih sayang (Ukhwah Islamiah).
  12. Mengajak masyarakat menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan memakmurkan masjid, surau, madrasah di seluruh Kelantan. o Membentuk keluarga yang cemerlang, suami dan isteri yang soleh dan solehah serta remaja dan anak-anak yang bertaqwa.
  13. Menghapus kejahilan, mencegah kemungkaran serta menjauhi budaya liar.