Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Tetapan

W3C (DISABILITY ACCESS)

  • PDF

Pengenalan

Laman Sesawang JAHEAIK turut mempunyai kemudahan capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudakan ini disediakan bagi memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 agar menjadikan laman sesawang ini mesra pengguna terhadap keperluan OKU.

Kemudahan yang disediakan adalah sebagaimana berikut:

A) Pengguna Cacat Penglihatan

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:

Terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

(a) Pautan kepada pembaca teks :

Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "Dengar artikel ini.." pada bahagian bawah kandungan/artikel tersebut. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'. Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader :

  1. Dapatkan Internet Explorer (IE) Page Reader di sini [klik]
  2. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda perlu memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
  3. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
  4. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini [klik]

* untuk makluman penggunaan komponen ini hanya untuk internet explorer sahaja.

B) Pengguna warga tua

Pengubah saiz teks - Portal JAHEAIK ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza (print skrin saiz teks). Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

C) Pilihan Bahasa

Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan oleh Portal JAHEAIK iaitu Malayu, Arab dan English. Selain itu, pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di dalam Portal