Senarai Piagam Pelanggan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  1. Proses Penyelesaian Bayaran Bil-bil tuntutan perbelanjaan bekalan pejabat dan Bayaran Balik Wang Amanah.
  2. Siasatan dan laporan aduan orang awam.
  3. Proses pembelian inventori.
  4. Proses pembelian harta modal.
  5. Proses pembayaran invois.
  6. Proses pembayaran gaji.
  7. Pembayaran elaun perjalanan dan elaun lebih masa.
  8. Tempahan dewan/ asrama/ dan terima bayaran.

 

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang keluarga Islam

  1. Menganjurkan Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) setiap bulan di Seluruh Jajahan Negeri Kelantan.
  2. Mengeluarkan Sijil Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI sebaik sahaja kursus selesai.
  3. Bersedia memberi maklumat mengenai prosedur perkahwinan/perceraian dengan tepat dan jelas.
  4. Memproses permohonan kebenaran kahwin dalam masa TIGA (3) hari bekerja.
  5. Mendaftar dan mengeluarkan Sijil Perakuan Nikah dalam tempoh SATU (1) bulan selepas menerima dokumen berkaitan daripada Penolong Pendaftar Nikah.
  6. Mengeluarkan Kad Nikah Pintar dalam tempoh SATU (1) bulan selepas menerima dokumen berkaitan daripada Pendaftar Nikah (Pegawai Agama Jajahan).
  7. Mendaftar dan mengeluarkan Sijil Perakuan Cerai dalam tempoh DUA (2) minggu selepas menerima Perintah Daftar dari Mahkamah Syariah.
  8. Memproses dan mengeluarkan cabutan/salinan Sijil Perakuan Nikah, Cerai, Taklik dan Rujuk, dalam tempoh SATU (1) minggu selepas permohonan.
  9. Menerima aduan, memberi Khidmat Nasihat Kekeluargaan kepada orang ramai dan pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga pada setiap hari bekerja dan menetapkan tarikh temujanji untuk rundingcara suami isteri dalam tempoh DUA (2) minggu.

 

Bahagian Dakwah

  1. Memproses Permohonan ceramah atau tazkirah daripada jabatan atau agensi dalam tempoh dua minggu.
  2. Memproses Permohonan Kemasukan Islam Saudara Baru dalam tempoh 1 hari.
  3. Memproses Permohonan mendapatkan buku-buku Terbitan JAHEAIK dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan.

 

Bahagian Penguatkuasaan Syariah

  1. Menerima maklumat tangkap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dengan mengisi borang 5.
  2. Mengambil tindakan penguatkuasaan serta merta terhadap semua maklumat dan aduan lengkap yang diterima atas kesalahan jenayah syariah.
  3. Menjalankan siasatan dalam tempoh 1 bulan selepas menerima arahan siasatan.

 

Bahagian Pendakwaan

  1. Kes-kes lengkap yang hendak dituduh didaftarkan di Mahkamah Syariah dalam masa tidak melebihi 14 hari selepas menerima siasatan lengkap dari Bahagian Penguatkuasaan.
  2. Jika tidak berpuas hati dengan keputusan, Notis Rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari selepas keputusan perbicaraan.
  3. Memfailkan Petisyen Rayuan dalam masa 10 hari selepas menerima Catatan Perbicaraan Hakim yang membicarakan kes.

 

Bahagian Penyelidikan

  1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
  2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
  3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.
  4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah permohonan lengkap diterima.
  5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh satu (1) minggu selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal.
  6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam masa dua (2) minggu selepas aduan diterima.


Bahagian Pendidikan

  1. Memproses Permohonan Sokongan Pas Lawatan Iktisas Belajar Agama Bagi Warganegara Asing Dalam Tempoh 1 Minggu (7 hari kerja).
  2. Memproses Permohonan Kursus Pegawai dan Kakitangan JAHEAIK ke INTAN, ILIM, ILDAS, JKSM Dan Lain-Lain Mengikut Jadual Yang Ditawarkan.
  3. Mengendalikan Kursus-Kursus Atau Seminar Yang Dianjurkan Oleh ILID Kepada Pegawai Dan Kakitangan JAHEAIK.
  4. Menerima Bahan Bacaan / Rujukan di PERPUSTAKAAN JAHEAIK daripada Jabatan/ Agensi Luar sebagai rujukan Pegawai dan Kakitangan JAHEAIK.

 

Dakwah Halaqat Negeri

  1. Menyediakan program dakwah kepada kumpulan sasar yang tertentu serta menyelia pelaksanaannya dari semasa ke semasa.
  2. Melaksanakan program kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau di setiap kawasan seluruh negeri Kelantan.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program ibadat seperti:
    • Seminar Solat
    • Kursus Kecemerlangan Solat 'Ihya Ramadhan'
    • Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam dll.
  4. Menyediakan program kekeluargaan dan kemasyarakatan.
  5. Menganjurkan program latihan atau kursus kepada tenaga penggerak Dakwah Halaqat untuk memantapkan nilai sahsiah mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih efisien.
  6. Menekankan aspek dakwah kepada golongan pelbagai peringkat umur di semua kawasan seluruh negeri Kelantan bagi memastikan keberkesanan program-program yang dijalankan.
  7. Melantik Pengelola, Pegawai dan Pembantu Dakwah, Guru Al-Quran, Guru Fardhu Ain serta Guru Pondok bagi setiap kawasan di seluruh negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran setiap program yang disediakan oleh Bahagian Dakwah Halaqat.
  8. Mengkaji dan merancang pelbagai program lanjutan seiring dengan perkembangan semasa.
www.artcreative.me