Pengenalan Bahagian Dakwah
- Kategori: Dakwah
- Dicipta: Rabu, 13 Ogos 2014 14:55
- Jumlah paparan: 23260
BAHAGIAN DAKWAH DAN PENERBITAN
- Bertanggungjawab dalam usaha menyampaikan ceramah/kuliah dan kursus-kursus kepada masyarakat umum.
- Merancang dan melaksanakan program dakwah Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
- Menyelaras rancangan dan pelaksanaan dakwah Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
- Merancang menyelaras dan melaksanakan dakwah dengan badan-badan dakwah (NGO).
- Merancang dan melaksanakan program keagamaan kepada saudara baru dan mereka yang belum Islam.
- Merancang dan melaksanakan program dakwah di negeri ini .
Dakwah Ke dalam
a) Mengadakan kursus dan latihan kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
b) Mengendalikan bimbingan kefahaman, kemahiran kepada kader-kader dakwah, pegawai dan kakitangan JAHEAIK.
c) Menyelaras aktiviti dan program dakwah bersama agensi lain.
Dakwah Ke Luar
a) Memberi penerangan dan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam.
b) Memberi bimbingan dan menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru Islam.
c) Memberi sokongan, dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik.