Pentadbiran Am
- Kategori: Pengurusan
- Dicipta: Isnin, 18 April 2016 14:29
- Jumlah paparan: 21977
- Sebagai unit induk, berperanan menjadi penyelaras dengan memberi perkhidmatan bantuan kepada unit-unit lain.
- Bertanggungjawab secara keseluruhan kepada urusan penyelenggaraan semua bangunan/ ruang pejabat dan kemudahan-kemudahan lain yang berada di bawah kawalan JAHEAIK.
- Merancang serta mengadakan satu sistem pentadbiran yang sistematik, dinamik dan adil dengan tujuan mewujudkan satu jabatan yang sempurna.
- Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am, perkhidmatan kakitangan/ pegawai, keselamatan dokumen, mengawal selia semua peringkat kakitangan, termasuk latihan dan kebajikan mereka.
- Menyelaras segala kegiatan Jabatan dengan beberapa agensi luar seperti Jabatan-jabatan Agama Negeri, Mufti-mufti Kerajaan, JAKIM dan PERKIM.
- Menyalur data dan maklumat rasmi kepada Bahagian-bahagian lain, terutama yang menyentuh perihal dasar baru atau pindaannya – lazimnya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa