PEMANTAUAN NAZIRAN
- Dicipta: Ahad, 05 Mac 2023 11:12
- Jumlah paparan: 9108
Bil | Kategori | Kandungan | Tarikh Kemaskini | Tempoh Kemaskini | Bilangan Hari | Baki Hari | Kriteria | Tagging Splask |
1. | Pengumuman | Hebahan/ Pengumuman / Makluman/ Aktiviti/ Iklan | 16-04-2023 01:33:00 | 30 hari | 55 | -25 | Updated Content - Broadcast | splwpk-broadcast |
2. | About Us | Maklumat Kakitangan dan Pengurusan Atasan | 16-04-2023 01:38:31 | 30 hari | 55 | -25 | Updated Content - About Us | splwpk-about-us |
3. | Berita Terkini | Berita / Aktiviti / Peristiwa | 16-04-2023 06:29:14 | 30 hari | 55 | -25 | Updated Content – News | splwpk-news |
4. | Jawatan Kosong | Jawatan Kosong | 01-01-1970 12:00:00 | 30 hari | 19519 | -19489 | ||
5. | Statistik | Piagam Pelanggan | Bilangan Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian | 06-03-2023 07:06:04 | 60 hari | 96 | -36 | Updated Content - Achievement of Client Charter | splwpk-client-charter |
6. | Hubungi Kami | Alamat & Lokasi | 16-04-2023 01:39:13 | 30 hari | 55 | -25 | Updated Content - Contact Details | splwpk-contact-details |
7. | Data Terbuka | Penyediaan Data Set | 16-04-2023 01:45:43 | 30 hari | 55 | -25 | Open Data | splwpk-open-data |
8. | Penerbitan | Penerbitan yang diterbitkan atau dimuat turun di laman web | 01-01-1970 12:00:00 | 30 hari | 19519 | -19489 | Publication | splwpk-publication |
9. | Policy | Dasar privasi laman web dan / atau Akta Perlindungan Data Peribadi | 01-01-1970 12:00:00 | 30 hari | 19519 | -19489 | Privacy Policy Statement dan / atau Personal Data Protection Act | splwpk-privacy-policy dan / atau splwpk-pdpa |
10. | ePenyertaan | Merujuk kepada arkib dasar, belanjawan atau dokumen undang-undang, acara atau inisiatif e penyertaan yang lalu | 16-04-2023 01:42:22 | 30 hari | 55 | -25 | Online E-Participation | splwpk-online-e-participation |
11. | sebutharga | Tender/ sebutharga | 01-01-1970 12:00:00 | 30 hari | 19519 | -19489 | Online Procurement Announcement | splwpk-procurement |
12. | CDO | Maklumat CDO | 16-04-2023 01:37:18 | 30 hari | 55 | -25 | Publicising an Ageny CIO/CDO or Equivalent | splwpk-publicising |
13. | FAQ | Soalan Lazim (FAQ) | 16-04-2023 01:37:50 | 30 hari | 55 | -25 | Updated Content - FAQ | splwpk-faq |
* Aktiviti Pengemaskinian Kandungan Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
- Kategori: Umum
Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan
- Dicipta: Selasa, 27 Mac 2018 15:37
- Jumlah paparan: 41559
- Bagaimanakah untuk membuat aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat?
Aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat bolehlah dibuat dengan mengisi borang aduan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat setiap hari bekerja.
- Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat?
Ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat sebagaimana berikut:
- Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
- Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
- Memansuhkan Syariat Islam dan membuat syariat baru.
- Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
- Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang .
- Percaya makhluk-makhluk seperti kayu,batu atau lain-lain ada kuasa mutlak.
- Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
- Menghalalkan nikah adik-beradik.
- Meminta pertolongan terus dari orang yang telah mati.
- Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
- Mempercayai ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
- Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.
- Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS.
- Sheikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
- Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
- Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS.
- Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru/khalifah tarekatnya dan boleh menjamin dapat keampunan Allah SWT keatas dosa pengikutnya.
- Amalan haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain juga boleh.
- Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
- Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib,menilik nasib seseorang.
- Islam itu tidak sah jika tidak di islamkan oleh gurunya.
- Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini.
- Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalau tidak ditimpa bala.
- Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu .
- Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi boleh memberi syafaat kepada muridnya.
- Mengaku dirinya dan gurunya maksum.
- Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
- Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
- Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat.
- Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib(tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
- Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang bukan pengikut ajaran itu.
- Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
- Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang.
- Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir.
- Islam itu ada zahir dan batin : batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.
- Mendakwa melalui tarekatnya Allah SWT menurunkan Nur(cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun- temurun ke dalam badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan iman-iman (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang tidak berakhir.
- Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat nabi.
- Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
- Ibadat sembahyang berpada dengan “niat”(terlintas di hati).
- Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui cara nikah batin.
- Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
- Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
- Pengikut tarekat, mereka sahaja dijamin masuk syurga.
- Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu,gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk.
- Mempercayai bahawa dirinya (guru) atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat Mau’nah(pertolongan) Allah SWT.
- Pengikutnya boleh menerima kekuatan luar biasa dari guru.
- Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada dalam dirinya.
- Guru mendakwa bahawa tugas-tugas rasul diamanahkan kepadanya.
- Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu-satu hajat.
- Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di Panca Budi di Medan atau di Medan sahaja.
- Mendakwa jadi wali sedangkan ia bergelumang dengan maksiat.
- Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita yang diminati oleh gurunya.
- Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
- Mengagong-agongkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
- Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran,murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
- Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW secara jaga.
- Mematuhi membuta tuli ajaran gurunya melakukan kesalahan dan dosa.
- Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki diuji didalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan gurunya tadi semasa didalam bilik tersebut.
- Apakah syarat-syarat perbomohan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam ?
Untuk memastikan amalan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, perkara-perkara berikut perlu dikenalpasti :
- Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud disebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah, atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.
- Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh daripada Rasulullah SAW, para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.
- Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali sheikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.
- Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
- Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat :
- Menggunakan ayat al-Quran
- Menggunakan bahasa yang difahami
- Jangan mengiktikadkan bahwa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
- Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemuajaan kepada berhala, iblis, syaitan, atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
- Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran seperti songsang, Qui Huwallab dan lain-lain.
- Tidak boleh menggunakan kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini dan jika tidak,begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).
- Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.
- Tidak boleh menggunakan perbuatan “menurun”,memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
- Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM BERKAITAN UNIT TAPISAN MEDIA, BAHAGIAN PENYELIDIKAN
1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya saya menemui sesuatu web/blog/facebook atau ruang media sosial yang lain yang menghina Islam atau mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam?
Sekiranya terdapat ruangan di mana-mana media sosial yang memaparkan atau mengandungi kandungan yang menghina Islam atau bertentangan dengan Islam, boleh membuat aduan kepada Unit Tapisan Media, Bahagian Penyelidikan JAHEAIK untuk di buat kajian dan semakan awal.
Sekiranya didapati kandungannya menghina Islam dan bertentangan dengan Islam, kes tersebut akan diangkat ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK bagi mencadangkan enakmen-enakmen yang bersesuaian dengan bidangkuasa Negeri untuk diangkat ke peringkat yang seterusnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan sekata
2. Apakah undang-undang atau enakmen yang digunakan untuk mengawal kandungan yang bercanggah dengan Islam di semua media cetak,elektronik dan media sosial dalam konteks Negeri Kelantan?
Undang-undang yang digunakan ialah :
- Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
- Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 1985.
3. Apakah cara pelupusan Al-Quran lama/rosak (atau mana-mana bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan Hadith) yang betul mengikut kaedah syarak?
Cara pelupusan Al-Quran lama/rosak yang betul dan menepati hukum syarak adalah seperti berikut:-
- Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran hendaklah dibakar secara keseluruhannya tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
- Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
- Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.
- Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.
- Kategori: Umum
Soalan Lazim Bahagian Pendidikan
- Dicipta: Khamis, 01 Februari 2018 12:50
- Jumlah paparan: 31609
- Apakah perbezaan kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dengan institusi Latihan Awam yang lain?
Bahagian Pendidikan, JAHEAIK lebih memfokuskan kursus yang berkaitan dengan kaedah pengurusan organisasi dan kaedah penambahbaikan individu berasaskan agama dan pengetahuan am
- Siapakah yang layak menyertai kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?
Pegawai Perkhidmatan dari agensi kerajaan dan badan korporat seluruh Negeri Kelantan dan Malaysia amnya iaitu:
- Agensi Kerajaan
- Badan Berkanun
- Agensi Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan
- Badan-badan Korporat dan lain-lain
- Bagaimanakah prosedur permohonan kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?
- Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menganjurkan kursus berdasarkan perancangan tahunandalam Program Latihan Bahagian Pendidikan, JAHEAIK. Pada setiap awal bulan, Bahagian Pendidikan, JAHEAIK akan mengeluarkan surat tawaran kursus kepada pegawai agama Islam seluruh Negeri Kelantan dan agensi lain yang ditimbang kewajarannya.
- Pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat perlu memohon melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAHEAIK atau menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di talian 09-7443633
- Bolehkah permohonan kursus dibuat secara online?
Bahagian Pendidikan, JAHEAIK belum menyediakan permohonan kursus secara online
- Adakah kursus anjuran ILID dikenakan sebarang bayaran?
Kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK adalah percuma kepada Pegawai Perkhidmatan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun
- Berapa tempoh kursus anjuran ILID?
Kursus jangka pendek anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK mengambil masa antara satu hingga tiga hari. Manakala kursus jangka panjang mengambil masa sehingga satu minggu
- Adakah pihak Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menyediakan kemudahan penginapan dan makan/minum kepada peserta kursus?
Kursus anjuran Bahagian Pendidikan, JAHEAIK lengkap dengan pakej penginapan dan makan/minum
- Apakah kemudahan lain yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK?
Antara Kemudahan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, JAHEAIK ialah:
- Surau
- Dewan/bilik kuliah berhawa dingin
c.Asrama
- Adakah tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dari dalam atau luar?
Kepakaran pegawai Bahagian Pendidikan, JAHEAIK dalam bidang latihan adalah terhad dan kebergantungan. Justeru itu, Bahagian Pendidikan, JAHEAIK menjalin kerjasama dengan agensi berikut untuk mendapatkan tenaga pensyarah/penceramah/fasilitator:
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Tenaga Profesional dari orang perseorangan
- Kategori: Umum
Soalan Lazim Bahagian Dakwah
- Dicipta: Khamis, 01 Februari 2018 12:48
- Jumlah paparan: 35272
- Adakah semua bahan bacaan keluaran JAHEAIK adalah untuk semua orang awam?
Ya, sebagai sebuah organisasi agama, JAHEAIK bertanggungjawab menyampaikan misi Dakwah kepada semua lapisan masyarakat melalui wadah-wadah yang bersesuaian samada bahan bercetak, elektronik ataupun siar raya. Unit Penerbitan di Bahagian Dakwah, JAHEAIK sentiasa mengalu-alukan orang ramai dalam semua lapisan, organisasi kerajaan dan juga swasta serta instituti masjid supaya mendapatkan bahan-bahan bacaan terkini yang terdapat di JAHEAIK.
- Bagaimanakah caranya untuk saya mendapat bahan-bahan bacaan percuma keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)?
Untuk mendapat bahan-bahan bacaan percuma terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), tuan/puan bolehlah memohon melalui secara online dengan mengisi BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK KELUARAN JAHEAIK. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan dikehendaki datang sendiri mengambil bahan bacaan tersebut.
- Bolehkah saya datang sendiri secara 'walk-in' untuk mendapat bahan-bahan bacaan tersebut?
Ya, tuan/puan boleh datang secara terus ke jabatan ini dan dikehendaki mengisi BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK KELUARAN JAHEAIK.
- Sekiranya saya ingin mengadakan sesuatu program, bolehkah saya memohon bahan-bahan bacaan keluaran JAHEAIK? Bolehkah saya memohon dalam kuantiti yang banyak?
Boleh. Walaubagaimanapun, tuan/puan mestilah terlebih dahulu memohon melalui surat rasmi pejabat/organisasi bagi menyatakan tujuan keperluan bahan bacaan tersebut. Kami akan meluluskan permohonan tuan/puan berdasarkan jumlah peserta yang terlibat.
- Bagaimanakah untuk saya mendapat khidmat penceramah daripada JAHEAIK?
Tuan perlu mengemukakan surat permohonan kepada jabatan ini sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program dengan menyatakan tarikh, tempat dan tajuk ceramah yang hendak disampaikan kepada alamat berikut:-
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu KELANTAN
(u.p : Ketua Penolong Pengarah [Dakwah])
- Saya ada seorang kawan yang berminat dengan Islam dan beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam, dimanakah beliau boleh memeluk Islam dan bagaimanakah cara untuk saya membantu beliau dalam perkara ini?
Sekiranya beliau berada di Kelantan, tuan boleh membawa beliau untuk memeluk agama Islam di
- Bahagian Dakwah, JAHEAIK atau
- Pejabat Agama Jajahan yang berdekatan atau
iii. Mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach dan lain-lain atau
- Mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh Imam
Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke Bahagian Dakwah, JAHEAIK sendiri untuk mendaftar pengislaman beliau dan membawa dua keping gambar berukuran pasport dan kad pengenalan/passport yang masih sah beserta borang pendaftaran pengislaman.
Kemudian sahabat tuan perlu mendapatkan pengesahan di Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu dan membawa surat yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersama dua keping gambar bagi mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam.
- Apakah prosedur seseorang untuk memeluk Islam?
Seseorang yang ingin memeluk Islam perlu hadir ke Unit Dakwah Ukhuwwah, Bahagian Dakwah, JAHEAIK dengan membawa bersama beliau seorang saksi beragama Islam, kad pengenalan/passport yang masih sah dan empat keping gambar berukuran pasport
- Saya seorang saudara baru, dimanakah boleh saya belajar untuk saya mendalami dan mempelajari agama Islam
JAHEAIK dan MAIK ada menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran dan Fardhu Ain sepanjang tahun pada setiap hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di samping kursus-kursus saudara baru yang lain. Sekiranya tuan berminat, bolehlah hadir ke Bahagian Dakwah, JAHEAIK untuk pertanyaan lanjut.
- Adakah JAHEAIK menganjurkan Kelas Pengajian Fardhu Ain atau program-program keagamaan?
JAHEAIK ada menganjurkan kelas pengajian kepada golongan tertentu iaitu Saudara Baru termasuk Orang Asli dan masyarakat terpilih. Manakala bagi program-program keagamaan diadakan secara berkala seperti Program Membina Generasi Solat, Program Membina Generasi Al-Quran, Kursus Pengurusan Jenazah dan sebagainya.
Saudara Baru dan Orang Asli : Ukhuwwah
MGS : Dakwah Halaqah
M@GQ : Dakwah Tarbiah
- Kategori: Umum
Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah
- Dicipta: Khamis, 01 Februari 2018 12:45
- Jumlah paparan: 81922
1.Saya ingin membuat aduan berkenaan kes Jenayah Syariah (khalwat, tidak sopan dan minum arak) di tempat saya. Bagaimanakah caranya?
Sila hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah atau Pejabat Agama Jajahan untuk memberi maklumat tersebut dengan mengisi borang aduan (Borang 5) atau sila hubungi talian hotline 24 jam Bahagian Penguatkuasa Agama iaitu 09-7419102.
2.Sekiranya saya membuat aduan terhadap sebarang kes jenayah syariah seperti khalwat, adakah maklumat peribadi saya akan dirahsiakan?
Maklumat peribadi anda adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Apakah tindakan selepas maklumat diterima?
Semua maklumat yang diterima akan diambil tindakan serta merta oleh Pihak Penguatkuasa Agama setelah pihak kami memastikan kesahihan maklumat tersebut
- Apakah jenis kesalahan yang berkuatkuasa di Negeri Kelantan?
- i) Kanun Jenayah Syariah (No. 2 tahun 1985)
- Perbuatan tidak sopan (Seksyen 5)
- Perkataan tidak sopan (Seksyen 6)
- Pondan (Seksyen 7)
- Menghasut perempuan bersuami @ lelaki beristeri supaya bercerai @ mengingkari
kewajipan dan tanggungjawab (Seksyen 8)
- Khalwat (Seksyen 9)
- Berkelakuan sumbang (Seksyen 10)
- Zina (Seksyen 11)
- Mukaddimah Zina (Seksyen 12)
- Bersubahat melakukan kesalahan zina (Seksyen 13)
- Liwat (Seksyen 14)
- Musahaqah (Seksyen 15)
- Hamil luar nikah (Seksyen 16)
- Melarikan isteri orang (Seksyen 17)
- Melacurkan isteri atau anak (Seksyen 18)
- Melacurkan diri (Seksyen 19)
- Melarikan perempuan (Seksyen 20)
- Menjual atau memberi anak (Seksyen 21)
- Menjadi muncikari (Seksyen 22)
- Menggalakkan maksiat (Seksyen 23)
- Takfir (Seksyen 24)
- Minuman yang memabukkan (Seksyen 25)
- Makan dalam bulan Ramadhan (Seksyen 26)
- Mengeji Pegawai Hal Ehwal Ugama Islam (Seksyen 27)
- Mengeji atau menghina Undang-Undang (Seksyen 28)
- Bersyubahat (Seksyen 29)
- Percubaan (Seksyen 30)
- Ingkar perintah Mahkamah (Seksyen 31)
- ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (No. 6 tahun 2002)
- Tidak hadir di hadapan pendaftar dalam masa yang ditetapkan (Seksyen 35)
- Pelanggaran terhadap Seksyen 32 (daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang) - (Seksyen 36)
- Gangguan terhadap perkahwinan (Halang Kahwin/kahwin paksa) (Seksyen 37)
- Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan (Seksyen 38)
- Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan (Seksyen 39)
- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan (kahwin tanpa
kebenaran) - (Seksyen 40)
- Poligami tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 124)
- Perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 125)
- Tidak membuat laporan (Seksyen 126)
- Meninggal langsung isteri (Seksyen 127)
- Menganiayai isteri atau suami (Seksyen 128)
- Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri (Seksyen 129)
- Isteri tidak menurut perintah (Seksyen 130)
- Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan (Seksyen 131)
- Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai (Seksyen 132)
- Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah (Seksyen 133)
- Percubaan dan subahat (Seksyen 134)
iii) Majlis Agama Islam Kelantan 1994 (Bil. 4 tahun 1994)
- Masjid yang tidak diluluskan oleh Undang-Undang (Seksyen 103)
- Tidak Sembahyang Jumaat (Seksyen 104)
- Sembahyang Jumaat tanpa kebenaran (Seksyen 105)
- Tidak membayar Zakat atau Fitrah (Seksyen 106)
- Memungut dan membayar zakat dan fitrah tanpa mengikut peraturan (Seksyen 107)
- Enggan memberi maklumat taksiran zakat dan fitrah (Seksyen 108)
- Kesalahan-kesalahan amil (Seksyen 109)
- Makanan haram (Seksyen 110)
- Menggunakan harta benda wakaf tanpa kebenaran (Seksyen 111)
- Enggan menjelaskan hak baitulmal (Seksyen 112)
- Hasutan meninggalkan amalan fardhu (Seksyen 113)
- Mengeluarkan fatwa (Seksyen 114)
- Percetakan agama dan lain-lain (Seksyen 115)
- Memiliki buku-buku, majalah-majalah, dan lain-lain bertentangan dengan hukum Syarak
(Seksyen 116)
- Mengajar tanpa kebenaran (Seksyen 117)
- Mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran (Seksyen 118)
- Ajaran salah (Seksyen 119)
- Mencerca agama (Seksyen 120)
- Mengeji pihak berkuasa atau pegawai majlis (Seksyen 121)
- Mempersendakan upacara agama (Seksyen 122)
- Engkar perintah kebawah DYMM Al-Sultan berkenaan awal Ramadhan dan Hari Raya
(Seksyen 123)
- Menyebabkan orang Islam keluar agamanya. (Seksyen 124)
- Menghalang kegiatan Islam (Seksyen 125)
- Mengaku wali (Seksyen 126)
- Pemujaan salah (Seksyen 127)
- Memungut khairat tanpa kebenaran (Seksyen 128)
- Kesalahan menggunakan wang atau harta (Seksyen 129)
- Bersubahat (Seksyen 130)
- Percubaan (Seksyen 131)
- Memecahkan rahsia (Seksyen 132)
- Engkar menurut perintah (Seksyen 133)
- Kesalahan-kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya (Seksyen 134)
- Enggan mendaftar sekolah dan institusi pengajian agama (Seksyen 135)
- Menyalahgunakan ayat-ayat suci (Seksyen 136)
- Mengkompaun kesalahan-kesalahan (Seksyen 137)
- iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Kelantan No. 8 tahun 2002)
- Penghinaan mahkamah (Seksyen 210)
- Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (Seksyen 211)
- Pegawai agama yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan
bencana kepada mana-mana orang (Seksyen 212)
- Tidak mengemukakan dokumen dsb. kepada pegawai agama oleh seseorang yang terikat di
sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu (Seksyen 213)
- Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh pegawai agama
supaya mengangkat sumpah (Seksyen 214)
- Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa untuk menyoal (Seksyen 215)
- Enggan menandatangani pernyataan (Seksyen 216)
- Siapakah yang ada kuasa untuk membuat tangkapan bagi kes-kes Jenayah Syariah?
Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis, Pegawai Masjid (Imam Tua, Imam Muda Dan Bilal), Penggawa, Penghulu, dan Guru Agama Bertauliah boleh tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran menangkap mana-mana orang yang ada kena-mengena dengan apa- apa kesalahan boleh tangkap di dalam Negeri Kelantan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian.
- Adakah orang awam boleh membantu dalam membanteras Kes Jenayah Syariah?
Menurut Seksyen 8 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No. 8 Tahun 2002 menyatakan bahawa tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu seseorang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis, yang semunasabahnya menghendaki bantuannya dalam menangkap atau mencegah terlepasnya mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu diberi kuasa untuk menangkapnya atau dalam mencegah suatu pecah keamanan yang timbul daripada penangkapan dan penahanan orang itu. Manakala seksyen 9 enakmen yang sama juga menghendaki orang awam memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis terdekat jika mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan.
- Adakah Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi sesuatu kes dan bagaimana jika saksi tersebut enggan hadir?
Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002 memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi suatu kes dan orang tersebut hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki. Jika orang itu enggan hadir, pegawai penguatkuasa agama boleh memohon waran daripada mahkamah untuk memaksa kehadiran orang tersebut
- Bolehkah seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama memecah masuk dan menggeledah rumah atau mana-mana premis semasa melakukan tangkapan?
Berdasarkan Seksyen 11 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang ada kuasa untuk menangkap boleh memecah masuk mana-mana tempat dan menggeledah di dalamnya setelah memberitahu kuasa dan maksudnya kepada tuan punya premis dan setelah permintaan hendak masuk dibuat sewajarnya serta tiada jalan lain lagi untuk masuk.
- Bolehkan Pegawai Penguatkuasa Agama menggunakan gari untuk menangkap mana-mana pesalah jenayah syariah?
Menurut Seksyen 10 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menggunakan apa sahaja langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan termasuk menggunakan gari.
- Apakah tindakan keatas seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak boleh tangkap yang enggan memberikan nama dan alamat kediaman atau dia memberikan alamat kediaman di luar Negeri Kelantan?
Orang tersebut boleh ditangkap oleh pegawai itu untuk membolehkan nama dan kediamannya ditentukan dan dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah yang terdekat. Hakim tersebut boleh samaada menghendaki orang tersebut menyempurnakan suatu bon,dengan penjamin beliau hadir semula, ataupun boleh memerintahkan supaya dia ditahan sehingga dibicarakan.
- Apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tak boleh tangkap?
Kesalahan boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran manakala kesalahan tak boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran.
- Apakah tindakan keatas orang awam yang memberikan maklumat, keterangan, atau pengakuan palsu kepada pegawai penguatkuasa agama?
Orang tersebut boleh didakwa dibawah seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
- Adakah hukuman sebat pernah dilaksanakan keatas pesalah-pesalah jenayah syariah di Negeri Kelantan dan kes apakah yang boleh dikenakan hukuman sebat?
Negeri kelantan adalah negeri yang pertama melaksanakan hukuman sebat keatas pesalah jenayah syariah iaitu pada 25/1/1987 yang dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa terhadap pesalah mukaddimah zina dan dikenakan sebanyak 3 sebatan. Sejak itu sebanyak 12 kes dijatuhi hukuman sebat dan 2 kes digugurkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala 10 kes dilaksanakan hukuman sebat terhadap 10 pesalah. Semua kes yang diperuntukkan bagi kesalahan sebat dikenakan hukumannya kecuali di dalam kes liwat kerana tidak ada kes seperti itu.
- Kes-kes yang boleh dikenakan hukuman sebat di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 tahun 1985 ialah :
i- zina yang tidak boleh dikenakan hukuman had – 6 sebatan
ii- muqaddimah zina – 3 sebatan
iii- liwat yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan
iv- minum minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan
- Kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor kerana kesalahan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Polis dan bukan bidang kuasa Penguatkuasa Undang-Undang Syariah. Sehubungan itu, diharap pihak tuan/puan dapat merujuk terus kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
- Kategori: Umum