Soalan Lazim Bahagian Penyelidikan
- Kategori: Umum
- Dicipta: Selasa, 27 Mac 2018 15:37
- Jumlah paparan: 42881
- Bagaimanakah untuk membuat aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat?
Aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran sesat bolehlah dibuat dengan mengisi borang aduan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat setiap hari bekerja.
- Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat?
Ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategorikan sesat sebagaimana berikut:
- Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
- Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
- Memansuhkan Syariat Islam dan membuat syariat baru.
- Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
- Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang .
- Percaya makhluk-makhluk seperti kayu,batu atau lain-lain ada kuasa mutlak.
- Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
- Menghalalkan nikah adik-beradik.
- Meminta pertolongan terus dari orang yang telah mati.
- Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
- Mempercayai ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.
- Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.
- Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS.
- Sheikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
- Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
- Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS.
- Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru/khalifah tarekatnya dan boleh menjamin dapat keampunan Allah SWT keatas dosa pengikutnya.
- Amalan haji tidak semestinya di Mekah, di tempat lain juga boleh.
- Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
- Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib,menilik nasib seseorang.
- Islam itu tidak sah jika tidak di islamkan oleh gurunya.
- Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini.
- Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalau tidak ditimpa bala.
- Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu .
- Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi boleh memberi syafaat kepada muridnya.
- Mengaku dirinya dan gurunya maksum.
- Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
- Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
- Boleh meramalkan kedatangan Imam Mahdi dan hari kiamat.
- Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib(tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
- Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang bukan pengikut ajaran itu.
- Murid-murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
- Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang.
- Al-Quran mempunyai makna batin berbeza dengan makna zahir.
- Islam itu ada zahir dan batin : batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.
- Mendakwa melalui tarekatnya Allah SWT menurunkan Nur(cahaya) ke dalam badan Nabi Adam turun- temurun ke dalam badan semua nabi-nabi dan seterusnya ke dalam badan iman-iman (syiah) atau guru-guru dan berterusan hingga ke akhir yang tidak berakhir.
- Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat nabi.
- Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
- Ibadat sembahyang berpada dengan “niat”(terlintas di hati).
- Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui cara nikah batin.
- Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
- Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
- Pengikut tarekat, mereka sahaja dijamin masuk syurga.
- Mempercayai bahawa bacaan-bacaan seseorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu,gunung dan lain-lain boleh memberi kesan baik atau buruk.
- Mempercayai bahawa dirinya (guru) atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat Mau’nah(pertolongan) Allah SWT.
- Pengikutnya boleh menerima kekuatan luar biasa dari guru.
- Mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada dalam dirinya.
- Guru mendakwa bahawa tugas-tugas rasul diamanahkan kepadanya.
- Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu-satu hajat.
- Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di Panca Budi di Medan atau di Medan sahaja.
- Mendakwa jadi wali sedangkan ia bergelumang dengan maksiat.
- Murid-murid tidak boleh mengahwini wanita yang diminati oleh gurunya.
- Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
- Mengagong-agongkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
- Jika ada kemusykilan dalam satu-satu ajaran,murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
- Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW secara jaga.
- Mematuhi membuta tuli ajaran gurunya melakukan kesalahan dan dosa.
- Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki diuji didalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang terjadi dengan gurunya tadi semasa didalam bilik tersebut.
- Apakah syarat-syarat perbomohan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam ?
Untuk memastikan amalan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, perkara-perkara berikut perlu dikenalpasti :
- Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud disebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah, atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya.
- Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh daripada Rasulullah SAW, para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.
- Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali sheikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.
- Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
- Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat :
- Menggunakan ayat al-Quran
- Menggunakan bahasa yang difahami
- Jangan mengiktikadkan bahwa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
- Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemuajaan kepada berhala, iblis, syaitan, atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
- Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran seperti songsang, Qui Huwallab dan lain-lain.
- Tidak boleh menggunakan kitab al-Quran secara tidak wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini dan jika tidak,begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).
- Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan perbomohan.
- Tidak boleh menggunakan perbuatan “menurun”,memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
- Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM BERKAITAN UNIT TAPISAN MEDIA, BAHAGIAN PENYELIDIKAN
1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya saya menemui sesuatu web/blog/facebook atau ruang media sosial yang lain yang menghina Islam atau mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam?
Sekiranya terdapat ruangan di mana-mana media sosial yang memaparkan atau mengandungi kandungan yang menghina Islam atau bertentangan dengan Islam, boleh membuat aduan kepada Unit Tapisan Media, Bahagian Penyelidikan JAHEAIK untuk di buat kajian dan semakan awal.
Sekiranya didapati kandungannya menghina Islam dan bertentangan dengan Islam, kes tersebut akan diangkat ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK bagi mencadangkan enakmen-enakmen yang bersesuaian dengan bidangkuasa Negeri untuk diangkat ke peringkat yang seterusnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan sekata
2. Apakah undang-undang atau enakmen yang digunakan untuk mengawal kandungan yang bercanggah dengan Islam di semua media cetak,elektronik dan media sosial dalam konteks Negeri Kelantan?
Undang-undang yang digunakan ialah :
- Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
- Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 1985.
3. Apakah cara pelupusan Al-Quran lama/rosak (atau mana-mana bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan Hadith) yang betul mengikut kaedah syarak?
Cara pelupusan Al-Quran lama/rosak yang betul dan menepati hukum syarak adalah seperti berikut:-
- Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran hendaklah dibakar secara keseluruhannya tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
- Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
- Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.
- Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.