WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014M

KUANTAN: Qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini. Masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji. Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus. Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini. Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas, 32, yang mendapat markah 90.33 peratus muncul naib johan diikuti qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40, di tempat ketiga dengan 87 peratus. Bagi kategori qariah, peserta Selangor, Nor Faizah Panut, 25, muncul naib johan selepas memperoleh markah 85.68 peratus manakala qariah Johor Nor Azrah Ayub, 38, di tempat ketiga dengan 85.67 peratus. Naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan. Johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini diraih Terengganu yang mendapat markah 85.17 peratus. Tilawah kali ini, yang bertema 'Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta dari 14 negeri mengambil bahagian termasuk dua johan pada edisi sebelumnya. - Bernama

TOP KELGOV PPST
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
AMANAT KHAS DKS

LAMAN WEB RASMI JAHEAIK

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!