WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

Karnival Hijrah Peringkat Negeri Kelantan 2014

Karnival Hijrah Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 11-17 Jun 2014 bertempat di Kompleks Islam Darulnaim Kota Bharu Kelantan. pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah diadakan sempena karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran Buku, Gerai Makanan Saudara Baru, Demonstrasi Khat dan Penulisan Al-Quran, Persembahan kebudayaan Saudara Baru, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bersama Selebriti TV Al-Hijrah, simposium Muamalah Islam, Pameran Motor Klasik/ Berkuasa tinggi, Wacana Pemantapan Aqidah, Persembahan Dikir Barat, Persembahan Nasyid dan Persembahan Seni Silat Cekak.

Selain daripada itu, antara Selebriti yang hadir adalah Ustaz Don, Ustazah Zawiah Hassan, Amin idris dan juga Professor Dr. Muhaya. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz pada 13 Jun 2014M bersamaan 15 Syaaban 1435H.

Layari FB kami untuk paparan gambar-gambar sekitar Karnival Hijrah ini.

TOP KELGOV PPST
Senarai Masjid di Negeri Kelantan
AMANAT KHAS DKS

LAMAN WEB RASMI JAHEAIK

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!