RSS Feed
JAHEAIK Anjur Solat Hajat
- Kategori: Berita
- Dicipta: Isnin, 14 September 2015 14:53
- Jumlah paparan: 4744
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menganjurkan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua umat Islam khususnya jemaah dari Kelantan di Makkah ketika ini.
Pengarah JAHEAIK, Datuk Haji Che Mohd Rahim Jusoh berkata seramai 70 kakitangan Jaheaik menyertai solat hajat tersebut yang juga sebagai tanda kasih sayang kepada saudara seagama di seluruh negara. "Berikutan jemaah kita turut terlibat dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram, kita harap semua umat Islam dapat mendoakan keselamatan mereka sepanjang berada di tanah suci, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Solat Hajat di Kompleks Islam Darul Naim.
Menurutnya, kejadian itu mengundang simpati dan sedih, bukan sahaja kepada ahli keluarga yang terlibat, tetapi juga semua pihak. " Kita doakan supaya mereka semua selamat, dapat menunaikan haji dengan sempurna dan dapat haji yang mabrur. Diharap semua ahli keluarga mangsa dapat beretnang dan menerima kejadian tersebut sebagai ujain ALLAH SWT yang mengandungi hikmah tersendiri." katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berharap imam masjid seluruh negeri dapat bersama mengadakan solat hajat dan mendoakan keselamatan semua jemaah haji sehingga semua urursan ibadat haji selesai.