
RSS Feed
Bengkel Penulisan Jurnal 1441H/2019M
- Kategori: Berita
- Dicipta: Khamis, 21 November 2019 08:30
- Jumlah paparan: 4257

Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur telah menganjurkan Bengkel Penulisan Jurnal pada 18 hingga 19 November 2019 bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan. Seramai 42 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada pegawai dan kakitanganJAHEAIK,MAIK,MUFTI,YIK dan UM. Bengkel ini adalah bertujuan memberi pendedahan, usaha mengasah kemahiran dan kaedah ilmu penulisan jurnal kepada peserta. Dr Abdullah Bin Yusoff, penceramah DBP Wilayah Timur menjadi pembimbing bengkel tersebut selama 2 hari . Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Che Mohd Rahim Bin Hj Jusoh, Pengarah JAHEAIK dan turut hadir bersama Timbalan Pengarah DBP Wilayah Timur, Timbalan Pengarah (Operasi), JAHEAIK dan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah).