RSS Feed
Kontinjen Negeri Kelantan Selamat Tiba Di Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu
- Kategori: Berita
- Dicipta: Ahad, 16 Februari 2020 09:44
- Jumlah paparan: 5428
KOTA BHARU- 28 Jamadilakhir 1441 bersamaan 12 Februari 2020 - Negeri Kelantan menghantar 8 orang peserta bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 62 Tahun 1441H/2020M.
Majlis akan bermula pada 14 - 21 Februari 2020 bertempat di Sabah International Convention Centre ( SICC) Kota Kinabalu, Sabah.
Peserta Qari dan Qariah Tilawah Negeri Kelantan terdiri daripada En. Muhammad Qayyim Nizar Bin sarimi dan Pn.Wan Sofea Aini Binti Wan Mohd Zahidi.
Manakala kategori hafazan pula
1 hingga 10 juzu' dan Tarannum
Hafiz : En. Muhammad Azamuddin bin Omar
Hafizah : Siti Norsyuhada binti Zakaria
1 hingga 20 juzu'
Hafiz : En. Muhammad Adib Qayyum bin Mohammad Zahari
Diharapkan semoga para peserta dapat memperdengar dan mempersembahkan bacaan dengan baik bagi majlis tersebut.