WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Sejarah Penubuhan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan.

Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan, penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan.

Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan "Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan pentadbirannya sendiri.

Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan.

Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan.

Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut :

  1. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002
  2. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985
  3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
  4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
  5. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983
  6. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002
  7. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994

Mengenai Kami

Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan adalah gerbang yang menyediakan pelbagai maklumat perkhidmatan jabatan sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam menerusi Internet. Laman Web Rasmi JAHEAIK adalah dibawah seliaan Unit Teknologi Maklumat yang merupakan salah satu unit kecil di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perkhidmatan Kerajaan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian yang cekap, berkualiti dan Mesra Pengguna untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik di Negeri Kelantan.

Sebarang cadangan dan pandangan anda boleh diajukan kepada:

Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
Kelantan.

Tel : 09-7443633/6221/6112/6121.
Fax : 09-7446685
eMel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat & No. Telefon Jabatan/Pejabat Agama Jajahan

Bil. Alamat No Telefon
Penguatkuasa (operasi)
No Fax
1.

PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KELANTAN
Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim.

09-7443633
09-7446221
09-7446112
09-7446121

Hotline 24 jam
09-7419102

09-7446685
2.

PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu
Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim.

09-7440034 09-7419102 09-7440034
3.

PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Bachok
16300 Bachok,
Kelantan Darulnaim.

09-7782522
09-7788798
09-7782522 09-7780315
4.

PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Jeli
17600 Jeli,
Kelantan Darulnaim.

09-9440679
09-9440387
09-9440387 09-9440677
5.

PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darulnaim.

09-9665455
09-9664006
09-9664006 09-9605626
6. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Gua Musang
18300 Gua Musang,
Kelantan Darulnaim.

09-9120911

09-9120910

09-9120922

7. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darulnaim.
09-7866877 09-7866877 09-7862607
8. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah
17500 Tanah Merah
Kelantan Darulnaim.

09-9554945
09-9558312

09-9554945

09-9551093
9. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas
17000 Pasir Mas
Kelantan Darulnaim.
09-7901378 09-7901378 09-7905749
10. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Machang
18500 Machang
Kelantan Darulnaim.

09-9750100

09-9750110

09-9750111

11. PEGAWAI AGAMA JAJAHAN
Pejabat Agama Jajahan Tumpat
16200 Tumpat
Kelantan Darulnaim.

09-7253382
09-7258600

09-7253382

09-7258600
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!