WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Pengenalan Bahagian Undang-undang Keluarga

  1. 1. Perkhidmatan Perkahwinan Islam

Memastikan Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Kelantan menepati hasrat Kerajaan dan pelanggan.

1.1 Mewujudkan sistem e-nikah bagi menguruskan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Negeri Kelantan secara elektronik.

1.2 Memantau dan memudahcara tugas Penolong Pendaftar Nikah

1.3 Merancang dan menyelaras isu-isu berkaitan Nikah, Cerai dan Rujuk di Negeri Kelantan.

2. Pembangunan Keluarga

Merancang dan mengendali program-program Pembangunan Sosial dan Pembangunan Keluarga;

Mengurus selia kursus pra perkahwinan (MBKPI) seluruh jajahan

2.1 Mengadakan kursus pra perkahwinan pada hari Jumaat dan Sabtu.

2.2 Mengadakan kursus pra perkahwinan dengan kerjasama IPT tempatan.

2.3 Mengadakan program kekeluargaan seperti seminar keluarga bahagia, bengkel fasilitator dan sebagainya.

3. Khidmat Nasihat Keluarga

Menyelaraskan tatacara Penyelesaian masalah yang melibatkan pasangan yang berumahtangga dalam :

3.1 Menerima aduan daripada orang ramai yang bermasalah dalam rumahtangga dan mengadakan sesi rundingcara keluarga

3.2 Membuat kajian berdasarkan bentuk krisis rumahtangga yang diadukan untuk merancang kaedah baru dalam teori pembentukan Keluarga Bahagia.

3.3 Mengadakan khidmat nasihat kepada bakal Pengantin yang positif HIV.

3.4 Memberi khidmat nasihat dari segi pengurusan konflik pandangan, bimbingan, perundangan dan lain-lain

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!