WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke-36 Tahun 1436H/2015M

Pada 15 Februari 2015 telah berlangsungnya Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke-36 bagi tahun 1436H/2015M di Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Kelantan.

Kategori hafazan Tahap 1(1-10 Juzuk dan Taranum)-Lelaki dimenangi oleh Afnan Kholili bin Khairul Anuar, tempat kedua dimenangi oleh Muhd Luqman bin Abdul Rauf dan tempat ketiga oleh Muhammad Thaqif Bin Fajuri.

Kategori hafazan Tahap 1(1-10 Juzuk dan Taranum)-Perempuan dimenangi oleh Mariam binti Husain, tempat kedua dimenangi oleh Noor Ain binti Molyana dan tempat ketiga oleh Afifa Syakirah binti Mohd Radzi.

Kategori hafazan Tahap 2(1-20 Juzuk dan Taranum)-Lelaki dimenangi oleh Wan Muhammad Rafiq Bin Wan Roslan, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Zulhilmi bin Ab. Rahman dan tempat ketiga oleh Muhammad Zulhasyimi bin Md Ghazi.

Kategori hafazan Tahap 2(1-20 Juzuk dan Taranum)-Perempuan dimenangi oleh Putri Aminah binti Mohd Hanif, tempat kedua dimenangi oleh Hanan Sofea binti Addli.

Kategori hafazan Tahap 3(1-30 Juzuk dan Tafsir)-Lelaki dimenangi oleh Muhd Syafee Salihin bin Hasanr, tempat kedua dimenangi oleh Mohamad Ihsan bin Mohd Din dan tempat ketiga oleh Ahmad Amirul Ashraf bin Mohd Rusdan.

Kategori hafazan Tahap 3(1-10 Juzuk dan Tafsir)-Perempuan dimenangi oleh Wardah Syamimah binti Silmi.

Para pemenang iaitu johan setiap kategori akan mewakili Negeri Kelantan ke Pertandingan Menghafaz Al-Quran yang akan diadakan pada 1-6 Mac 2015 di Alor Setar, Kedah Darul Aman.

 
 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!