Biodata Pengarah
- Kategori: Pengarah
- Dicipta: Jumaat, 05 Mac 2010 18:44
- Jumlah paparan: 34307
Nama :
YB Dato’ Lela Perkasa
Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, D.P.S.K (Kelantan)
Umur :
61 Tahun
Tarikh Lahir :
03 Februari 1962
Tempat Lahir :
Machang, Kelantan
Kelulusan :
B.A (Hons) Dakwah Usuluddin, Universiti Islam, Madinah
Tarikh Mula Berkhidmat :
1 Oktober 1992
Sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, YB Dato' pernah bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Mahkamah Qhadi Besar Kelantan mulai dari 01 Oktober 1992 dan seterusnya pada 16 November 1992, beliau ditempatkan di Pejabat Qhadi Gua Musang sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Pada 16 Julai 1998, beliau bertugas sebagai Qhadi Jajahan Kota Bharu di Pejabat Qhadi Jajahan Kota Bharu. Pada 11 April 2004, beliau telah menanggung kerja menjalankan tugas-tugas Ketua Penolong Pengarah (Undang-Undang Keluarga) disamping menjalankan tugas-tugas hakikinya. Pada 01 Januari 2008, YB. Dato' telah diamanahkan untuk menjadi Timbalan Mufti di Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Pada 01 Oktober 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan telah bersara wajib pada 03 Februari 2022. Kini, beliau telah menyambung perkhidmatan kontrak sebagai Pengarah di jabatan ini.