Pengenalan Penyelidikan
- Kategori: Penyelidikan
- Dicipta: Selasa, 13 Julai 2010 00:04
- Jumlah paparan: 18843
- Bahagian ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu akidah, syariah, ajaran sesat dan penapisan media.
- Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan.
- Bahagian ini terbahagi kepada 2 unit utama iaitu :
- Unit Akidah dan Syariah
- Unit Penapisan Media
Visi
Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama
Misi
Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah dan syariah
Objektif
- Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada dari segi akidah atau syariah
- Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran Islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
- Melahirkan umat Islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah-masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
- Melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya.
PIAGAM PELANGGAN
- Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.
- Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.
- Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.