WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

RSS Feed

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul naim Lundang,Kelantan.

Majlis bertemakan ”Al-Quran Pembimbing Ummah” itu telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri besar Kelantan pada 25 Februari 2018 (Ahad). Manakala majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan pada 1 Mac 2018 (Khamis).

Jaheaik buat julung kalinya mempersembahkan kelainan bagi edisi kali ini dengan menggabungkan acara Tilawah dan Hafazan secara serentak yang mana majlis Tilawah diadakan pada sebelah malam manakala majlis Hafazan pula berlangsung di sebelah siang iaitu pada waktu pagi.

Ke semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dan kemampuan persembahan bacaan al-Quran yang membanggakan.

Turut bertanding adalah johan menunggu tilawah iaitu qari, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 20, dan qariah, Zainab Daud, 73.

Senarai Nama Pemenang Peserta Tilawah Kali ke 61:

Qari :-

Johan : Abdullah Fahmi bin Che Nor@Shukri

Naib Johan : Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi

Ketiga : Wan Hilmi bin Wan Abdullah

Qariah :-

Johan : Munirah binti Kasim

Naib Johan : Che Ruhani binti Mohd Fathil

Ketiga : Radziah binti Ibrahim

 

Senarai Nama Pemenang Peserta Hafazan

Kategori Lelaki Tahap 1

Johan : Muhammad Amirul Mukmin bin Mazlan

Naib Johan : Muhammad Syahril bin Muhammad Shamsuddin

Ketiga : Mohamad Ezham bin Mohd Fazli

Kategori Perempuan Tahap 1

Johan : Hamiza Alyaa binti Che Yusoff

Naib Johan : Zulaikha binti Husain

Ketiga : Tiada peserta yang layak

Kategori Lelaki Tahap 2

Johan : Abdullah Ulwan bin Ismail

Naib Johan : Muhammad Naquib Ajmal bin Mohd Nasir

Ketiga : Mohamad Nabil bin Ali

Kategori Lelaki Tahap 3

Johan : Nik Muhammad Najib bin Nik Ab Aziz

Naib Johan : Muhammad Murabbi Assolihin bin Kayati

Ketiga : Ahmad Muslim bin Almi

Kategori Perempuan Tahap 3

Johan Afifah Syakirah binti Mohd Radzi

Naib Johan : Mariam binti Husain

Ketiga :Tiada Peserta yang layak

 

 

 

 

 

 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!