Tempat Pelupusan Al-Quran

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) menyediakan perkhidmatan Pelupusan Al-Quran kepada sesiapa yang ingin melupuskan Al-Quran rosak dan bahan-bahan bercetak ayat Al-Quran. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin melupuskan Al-Quran rosak bolehlah menghantar naskah Al-Quran atau helaian yang mengandungi ayat Al-Quran ke Bahagian Penyelidikan JAHEAIK.