WAKTU PEJABAT

Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
{Cuti pada Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum}

Majlis Tilawah Al-Quran

  • Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014M

    KUANTAN: Qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini. Masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji. Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus. Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini. Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas, 32, yang mendapat markah 90.33 peratus muncul naib johan diikuti qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40, di tempat ketiga dengan 87 peratus. Bagi kategori qariah, peserta Selangor, Nor Faizah Panut, 25, muncul naib johan selepas memperoleh markah 85.68 peratus manakala qariah Johor Nor Azrah Ayub, 38, di tempat ketiga dengan 85.67 peratus. Naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan. Johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini diraih Terengganu yang mendapat markah 85.17 peratus. Tilawah kali ini, yang bertema 'Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta dari 14 negeri mengambil bahagian termasuk dua johan pada edisi sebelumnya. - Bernama

  • Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-57 Tahun 2014

    KOTA BHARU: Qari dari Machang, Abdullah Fahmi Che Nor serta qariah dari Tanah Merah, Munirah Kasim muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-57 yang berlangsung di Kompleks Islam Darulnaim, di sini malam tadi.
     
    Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah, motosikal, cenderamata serta sijil.
     
    Abdullah Fahmi, 30 serta Munirah, 47, juga akan mewakili Kelantan pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang di jadual berlangsung di Pahang, pada 13 hingga 17 Mei.
     
    Sementara itu, tempat kedua dimenangi qari dari Tanah Merah, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah serta qariah dari Bachok, Radziah Ibrahim yang membawa pulang wang tunai RM4,000, piala iringan serta sijil.
     
    Pemenang tempat ketiga pula ialah qari dari Jeli, Khairul Azwar Alias serta qariah dari Kota Bharu, Che Aminah Ceh Awang yang membawa pulang RM3,000, piala iringan serta sijil.
     
    Upacara pengurniaan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Pene­rangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
     
    Seramai 22 qari dan qariah dari seluruh negeri mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan ‘Al-Quran Asas Perpaduan Ummah’.
     
    Sementara itu, Munirah ketika ditemui pemberita berkata, kejayaan itu menebus kekecewaannya tidak dapat mewakili Kelantan pada tahun lalu apabila sekadar mendapat naib johan selain terpaksa menunggu selama 23 tahun sebelum para qariah dibenarkan bertanding oleh kerajaan negeri.
     
    “Kali terakhir saya menang ketika berusia 15 tahun, iaitu pada 1982 namun tidak layak mewakili negeri kerana bawah umur. Pada 1990, saya terpaksa berhenti kerana kerajaan ne­geri tidak membenarkan qariah bertan­ding," katanya.
     
    Abdullah Fahmi menyifatkan kemenangan itu sebagai pengiktirafan yang akan membakar semangatnya untuk terus mendalami al-Quran dan berazam untuk berusaha sebaik mungkin mewakili Kelantan untuk bertanding di peringkat kebangsaan bulan depan.
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!